• Jenazah Allahyarham Ahmad Izzat Mohamad Shauki tiba di Muassasaah Darul Ulum untuk dikebumikan.Jenazah Allahyarham Ahmad Izzat Mohamad Shauki tiba di Muassasaah Darul Ulum untuk dikebumikan.
 1 / 1 
 ALOR SETAR - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 11.10 malam semalam, selepas lebih tiga minggu menerima rawatan akibat komplikasi kencing manis.

Jenazah Allahyarham yang juga bekas Timbalan Speaker Dun Kedah dan Bekas Adun Bukit Lada dibawa pulang ke rumah ibunya, di Batu 2, Lebuhraya Sultan Abd Halim sebelum dibawa ke Masjid Derga, untuk solat jenazah.

Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahya berkata, jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan dengan pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Solat jenazah kedua dilakukan di Masjid Muassasah Darul Ulum,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara tiga hingga 10 tahun.

Pada 20 September lalu, Allahyarham dikejarkan ke HSB apabila rebah secara tiba-tiba ketika mendirikan solat Maghrib. Allahyarham kemudian menjalani pembedahan berikutan terdapat darah beku di bahagian otaknya akibat pendarahan.

Pembedahan itu dilakukan untuk membuang sebahagian tempurung kepala Allahyarham, selain  doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan kuman pada bahagian kanan paru-paru, dan disahkan mengalami ‘minor stroke’.



SUMBER


SUMBER 2