" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : " kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata dengan apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " (Al-Ankabut 2-3)
Jelas bukan?
Allah menguji kita kerana DIA ingin menjadikan kita orang yang beriman.
Ya. Saya amat pasti disaat kita diuji dengan sesuatu ujian itu, pasti kadang-kadang kita jatuh tersungkur, terasa susah untuk bangkit dan terus melangkah. Namun, persoalan yang perlu kita persoalkan pada diri kita ialah, adakah apabila kita ditimpa dengan sesuatu ujian itu menyebabkan kita hilang nyawa? Hilang oksigen? Tidak bukan. Kita masih lagi mampu berjalan walaupun mungkin perlahan. Kita masih lagi mampu tersenyum walaupun tawar. Alhamdulillah, kita masih hidup.
Kerana apa?
Sudah tentu dengan keizinan Allah. Peluang yang DIA berikan untuk kita menghadapi segalanya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Bukankah ini tanda Allah cinta kita?
Apa yang lebih utama, percaya atau tidak. Disaat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita. Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita. Kerana disaat itu, kita tahu hanya Allah yang mampu membantu kita.
Maka, dari situ lah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk. Doa dengan penuh rendah diri dan diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran. Hati sentiasa basah dengan zikrullah. Subhanallah.. jika kita mampu melihat meter amalan kita waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200% ! Allahu Akbar. Sayangnya Allah pada kita. Kerana disaat inilah kita merasakan hanya Allah satu-satunya yang paling hampir dengan kita.
Percayalah.....
Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian. Namun, kita sahaja yang sering meninggalkannya. Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNYA.
Ayuh ! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNYA. Sebelum tiada lagi waktu yang setia bersama kehidupan kita.

No comments:
Post a Comment