Saturday, June 22, 2013

ADAB SEMASA MAKAN






Do'a sebelum dan selepas makan yang sahih daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam....

SEBELUM
Apa yang sahih berkenaan doa sebelum makan adalah sebagaimana dalam hadith berikut:



إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ. فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ.

Apabila salah seorang di antara kamu makan maka katakanlah: Bismillah, lalu apabila pada awalnya dia lupa maka katakanlah: Bismillah fi awwalihi wa akhirihi. - Hadith riwayat al-Tirmidzi (no. 1858) dengan sanad yang sahih. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Lihat Shahih Abu Daud (no. 3768), Shahih Ibn Majah (no. 3264) dan Shahih al-Jami’ (no. 1335).

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w mengajar Umar bin Abi Salamah yang masih kecil:





يَاغُلاَمُ سَمِّ الله َوَكُلْ بِيَمِيْنِكَ.

Wahai budak lelaki, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu. - Hadith riwayat al-Bukhari, no. 5376 dan Muslim (no.2022).

SELEPAS MAKAN


Adapun yang shahih berkenaan doa selepas makan ini adalah sebagaimana dalam hadis berikut:


الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا.

Segala puji bagi ALLAH (dengan pujian) yang sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai TUHAN kami.” - Hadith riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari (no. 5458).

No comments:

Post a Comment