Monday, June 17, 2013

KEHEBATAN BUMI SYAM

KELEBIHAN BUMI SYAM

 (SYRIA,JORDAN DAN PALESTIN)





Daripada Saidina Zaid binTsabit radiyallahu anhu, bahawa Rasullullah sollallahu alaihi wa sallam telah bersabda: “Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi)

SYAM ADALAH BUMI TUMPUAN ANBIYA'

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam radiyallahu anhu bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebanyak 500 makam para nabi di Damsyik sahaja!

Firman Allah Taala di dalam surah at Tin:


"Demi buah tin dan zaitun. Dan demi Gunung Sinai." (surah at Tin ayat 1 dan 2)


Qatadah dan Hassan al Basri mengatakan bahawa:

"Perkataan  Tin adalah merujuk kepada sebuah bukit yang terletak di Damsyik (Jabal Qasiyun) dan buah zaitun adalah merujuk kepada sebuah bukit yang terletak di Baitul Maqdis."

Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Daripada Abdullah Ibn Umar r.a telah mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kamu pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam." Petikan hadis ini dalam bentuk frame :



INI ADALAH MASJID UMAWI 

MASJID INI MERUPAKAN LOKASI NABI ISA AKAN 

TURUN KE BUMI PADA AKHIR ZAMAN

MENARA PUTIH INILAH TEMPATNYA

Hadis ini Masyhur lagi sahih.

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Nabi Isa AS akan turun di menara putih di Timur Damsyik untuk memerangi Dajjal (ينزل عيسى بن مريم عليهما السلام عند المنارة البيضاء شرقي دمشق). PETIKAN HADIS DALAM FRAME :







Baginda s.a.w. bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kami pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn As berkata: " Satu masa akan tiba apabila manusia akan menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecualinya semuanya berpindah ke Syam."

Saidina Kaa'b bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adal...ah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.


Diriwayatkan oleh Abdul Razzak, Thabari, Wahidi, Ibn Asakir dan lain-lain lagi.

Kesemuanya merupakan simbolik buat tempat yang ada kaitan dengan tiga orang nabi iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Musa alaihimus salam.

Menurut Maulana Sheikh terdapat sebanyak 40 000 makam para nabi, para sahabat dan solihin yang terletak di bumi Damsyik.

Syam adalah tempat tumpuan para nabi, para sahabat dan awliya.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam r.a. bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebany...ak 500 makam para nabi di Damsyik

Dari Abdullah ibn Hawalah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah Taala telah memberi jaminan kepadaku tentang keselamatan bumi Syam dan penduduknya."

Hadis masyhur ini diriwayat oleh Abu Daud dan Ahmad dengan sanad hadis ya...ng sahih.

Baginda nabi s.a.w. bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula di dalam menafsirkan firman Allah Taala, mafhumnya:

"Kami jadikan Nabi Isa Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat); Kami jualah yang telah menempatkan kedua-duanya (Nabi Isa dan Sayyidah Maryam) di tanah yang tinggi, tempat tinggal yang mempunyai tanaman dan mata air yang mengalir."
(Q:24:50)

Beliau telah menafsirkan bahawa tempat tersebut adalah Damsyik.
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda:

“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat r.a. yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasulallah?”

Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi.

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn ‘As r.a. berkata:

"Satu masa akan tiba, apabila manusia menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecuali semuanya berpindah ke Syam."

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa sesungguhnya ada ...seorang lelaki telah datang menemui Rasullullah s.a.w. Beliau menyatakan yang dia ingin merantau, tatkala itu Rasullullah s.a.w bersabda kepadanya:

“Menetaplah kamu di bumi Syam, sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan kepadaku bagi bumi Syam dan ahlinya.”

Saidina Ka’ab bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad s.a.w di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adalah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.

Al Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Wahid al Maqdisi di dalam kitabnya yang bertajuk Fadhail Syam mengenengahkan beberapa hadis mengenai perbahasan ini.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Tirmidzi, daripada Ibnu Umar r.a. bahawasan...ya Rasullullah s.a.w. bersabda:

“Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah pada kami negeri Syam dan Yaman.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nua’im. Abu Idris al Khaulani mengatakan:

“Sesiapa yang dijamin oleh Allah dengannya (Syam), nescaya tidak akan dibinasakan dirinya.

Hadis ini Masyhur lagi sahih.

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Nabi Isa AS akan turun di menara putih di Timur Damsyik untuk memerangi Dajjal (ينزل عيسى بن مريم عليهما السلام عند المنارة البيضاء شرقي دمشق) dan bersama dengannya ialah mereka yg disifatkan oleh nabi SAW sebagai golongan yg zahir di atas kebenaran berdasarkan hadith Muadz yang menyebut : (وهم بالشام) Mereka itu di Syam. Kerana itu menurut sebahagian riwayat ada yg menyebutkan wujud para sahabat yg berhijrah ke Syam semata2 untuk menjadi golongan yg disebutkan oleh nabi SAW. Banyak fadhilat Syam dan keberkatan yg didoakan oleh Nabi SAW seperti : ( طُوبَى لِلشَّامِ . فَقُلْنَا : لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا) Berbahagialah ahli Syam, kami bertanya kenapa begitu ya Rasulullah?Jawab baginda: Kerana malaikat rahmat melebarkan sayapnya meliputi Syam. [riwayat Tirmidzi]

No comments:

Post a Comment