Tuesday, October 14, 2014

Ahmad Izzat meninggal dunia





  • Jenazah Allahyarham Ahmad Izzat Mohamad Shauki tiba di Muassasaah Darul Ulum untuk dikebumikan.Jenazah Allahyarham Ahmad Izzat Mohamad Shauki tiba di Muassasaah Darul Ulum untuk dikebumikan.
 1 / 1 
 ALOR SETAR - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 11.10 malam semalam, selepas lebih tiga minggu menerima rawatan akibat komplikasi kencing manis.

Jenazah Allahyarham yang juga bekas Timbalan Speaker Dun Kedah dan Bekas Adun Bukit Lada dibawa pulang ke rumah ibunya, di Batu 2, Lebuhraya Sultan Abd Halim sebelum dibawa ke Masjid Derga, untuk solat jenazah.

Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahya berkata, jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan dengan pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Solat jenazah kedua dilakukan di Masjid Muassasah Darul Ulum,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara tiga hingga 10 tahun.

Pada 20 September lalu, Allahyarham dikejarkan ke HSB apabila rebah secara tiba-tiba ketika mendirikan solat Maghrib. Allahyarham kemudian menjalani pembedahan berikutan terdapat darah beku di bahagian otaknya akibat pendarahan.

Pembedahan itu dilakukan untuk membuang sebahagian tempurung kepala Allahyarham, selain  doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan kuman pada bahagian kanan paru-paru, dan disahkan mengalami ‘minor stroke’.



SUMBER


SUMBER 2

Friday, October 10, 2014

SEALER MUDAH









STOK BAHARU!

SAIZ : 9.5x4.5x4CM

BAHAN : ABS Resin

CIRI-CIRI : Sesuai utk pejabat (dokumen), dapur (makanan), gudang (stok), studio (gambar), ladang dan taman (biji benih dan bunga) dan di mana2 shj yg bersesuaian :)

MAGENT terbina di belalkang = boleh letak pada peti sejuk, jimat tempat dan mudah dicari !

GUNA 2 x Bateri AA

1) COURIER : Pos Semenanjung RM6 atau Pos Sabah Sarawak RM13 sahaja.
2) NO COD (we will not entertain)



HARGA : RM 16


Call/whatsapp/sms : 013 4679960





Tuesday, September 30, 2014

Tanda Allah CINTA kita ! Bacalah, mudah-mudahan terdetik di hati kita. InsyaAllah.





" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : " kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata dengan apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " (Al-Ankabut 2-3)






Jelas bukan?

Allah menguji kita kerana DIA ingin menjadikan kita orang yang beriman.

Ya. Saya amat pasti disaat kita diuji dengan sesuatu ujian itu, pasti kadang-kadang kita jatuh tersungkur, terasa susah untuk bangkit dan terus melangkah. Namun, persoalan yang perlu kita persoalkan pada diri kita ialah, adakah apabila kita ditimpa dengan sesuatu ujian itu menyebabkan kita hilang nyawa? Hilang oksigen? Tidak bukan. Kita masih lagi mampu berjalan walaupun mungkin perlahan. Kita masih lagi mampu tersenyum walaupun tawar. Alhamdulillah, kita masih hidup.

Kerana apa?

Sudah tentu dengan keizinan Allah. Peluang yang DIA berikan untuk kita menghadapi segalanya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Bukankah ini tanda Allah cinta kita?

Apa yang lebih utama, percaya atau tidak. Disaat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita. Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita. Kerana disaat itu, kita tahu hanya Allah yang mampu membantu kita.

Maka, dari situ lah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk. Doa dengan penuh rendah diri dan diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran. Hati sentiasa basah dengan zikrullah. Subhanallah.. jika kita mampu melihat meter amalan kita waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200% ! Allahu Akbar. Sayangnya Allah pada kita. Kerana disaat inilah kita merasakan hanya Allah satu-satunya yang paling hampir dengan kita.

Percayalah.....

Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian. Namun, kita sahaja yang sering meninggalkannya. Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNYA.

Ayuh ! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNYA. Sebelum tiada lagi waktu yang setia bersama kehidupan kita.

Friday, September 12, 2014

Kenapa Selalu Menyalahkan Allah apabila melakukan maksiat


Kenapa kamu suka buat maksiat (berzina,mencuri dll) macam ni????

Jawapannya : “ Nak buat macamana , dah memang Allah taala letakkan kami macam ni.Kami nak buat macamana?Taqdir bang..”

Inilah jawapan dan perkataan yang sering kita dengar terpacul keluar daripada mulut sesetengah masyarakat bilamana jalan hidup yang mereka pilih ternyata bertentangan dengan jalan yang Islam letakkan.

Mudah dan padat bagi mereka menggunakan jawapan sebegini.Tak perlu salahkan diri sendiri.Sebaliknya salahkan taqdir Allah taala kepada mereka.

Iblis pernah bertanya kepada Allah taala.

“ Ya Allah Ya Tuhanku, bukankah Engkau telah mengetahui bahawa aku akan diciptakan dan aku akan menderhakai perintahMu?”

Allah taala menjawab : “ Tentu sekali Aku mengetahui bahawa engkau akan diciptakan dan akan menderhakai perintahKu”

Iblis menyambung bicara : “ Jika engkau telah mengetahui bahawa aku akan menjadi hamba yang derhaka, mengapa engkau menciptakan aku dan akhirnya memasukkan aku ke dalam nerakaMu??”

Allah taala menjawab : “ Adakah kamu mengetahui bahawa kamu akhirnya akan menderhakai Aku? Kamu mengetahuinya setelah kamu menderhakai aku atau sebelum kamu menderhakai Aku??”

Iblis menjawab : “ Tentu sekali aku mengetahui bahawa aku menderhakaiMu setelah aku melakukan penderhakaan tersebut”

Allah taala menjawab “ Maka aku meletakkan hukuman ke atasMu setelahnya bukan sebelumnya”

Nah, kalau kita bicara dengan masyarakat awam dan sesetengah golongan terpelajar kononnya terkadang terkeluar juga perkataan seperti iblis ini tanpa mereka sedari.

Bila kita jumpa orang tengah berdua-duaan di taman bunga, bila ditanya kenapa suka berdua-duaan sebegini? Haram hukumnya kalau bukan suami isteri.

Terkadang jawapan yang diberikan “ Nak buat macamana , di dalam Lauh Mahfuz lagi Allah dah tulis bahawa kami berdua pada tarikh dan waktu ini akan berdua-duaan.Maka kami mengikut perintah Allah taala hakikatnya”

Orang sebegini perlu ditumbuk sahaja.Bila ditanya kepada kita, kenapa kamu tumbuk saya ?? Maka berikan semula jawapannya “ Nak buat macamana , Dah Allah taala dah letakkan dalam Lauh Mahfuz lagi bahawa saya memang akan tumbuk kamu pada hari dan waktu ini di Taman Bunga ini"

Ramai sangat yang suka sebut jawapan sebegitu.Tanpa sedar mereka hakikatnya telah mengikut sebahagian daripada ajaran Jabariah.Ajaran yang meletakkan bahawa Allah taala memaksa kita melakukan segalanya.Kita hanya diibaratkan seperti bulu burung yang berterbangan di udara yang hanya mengikut gerakan angin.Kalau ditiup ke kiri maka kita akan bergerak ke kiri.Kalau ditiup ke kanan maka kita akan bergerak ke kanan tanpa kehendak dan pilihan.

Golongan Jabariah jika mereka berzina maka mereka akan mengatakan bahawa kami hakikatnya telah diletakkan oleh Allah taala akan berzina pada hari ini.Maka kami Cuma mengikutinya dan menurut perintah Tuhan Kami.Kami hanya diibaratkan sebagai seorang pelakon yang hanya mendapat arahan daripada pengarah.

Jawapan kepada golongan sebegini sangat mudah.Tanyakan semula kepada mereka seperti yang ditanyakan oleh Allah taala kepada Iblis laknatullah.

Golongan sebegini hakikatnya ingin mempertikaikan Allah taala.Menyalahkan taqdir dan mempersoalkan kenapa kami perlu diseksa sedangkan Tuhan sendiri yang menjadikan perbuatan kami ini??.

Tanyakan semula kepada mereka “ Adakah kamu mengetahui sebelum ini bahawa kamu akan menjadi makhluk yang melakukan kejahatan?? Kamu mengetahuinya setelah kamu melakukan kejahatan atau sebelum melakukannya kamu telah melihat di Lauh Mahfuz bahawa pada tarikh dan waktu sekian-sekian kamu akan menjadi seorang yang jahat???”

Hakikatnya kamu hanya mengetahui bahawa kamu akan menjadi Mat Rempit setelah kamu terlibat dalam rempit.Kamu mengetahui bahawa kamu akan berzina dan melacur dengan seseorang setelah kamu melakukan perbuatan tersebut.Setelah kamu melakukan barulah kamu mengetahui bahawa Allah taala telah letakkan bahawa kamu akan melakukan perkara ini pada tarikh dan waktu tertentu.Kenapa tidak menjauhkan perkara sebegini sebelum kamu terlibat??

Kamu banyak buruk sangka dengan Allah taala.Oleh kerana itulah kamu dipersoalkan hasil buruk sangka dengan Tuhanmu sendiri.

Kalau kamu boleh menilik apa yang ada di Lauh Mahfuz,dan di dalamnya tertulis bahawa esok hari tepat jam 3 petang kamu akan berzina.Maka pada keesokkan harinya kamu melakukan perkara tersebut pada waktunya yang ditetapkan.Maka perbuatan zina tersebut bukan lagi dianggap maksiat.Malah dianggap ibadah kepada kamu kerana mentaati apa yang ditulis di Lauh Mahfuz.

Tapi persoalannya “ Kamu tahu ke apa yang ditulis kepada kamu di Lauh Mahfuz ?? Kamu tahu ke esok apa yang akan kamu lakukan??” Kalau tak tahu, amalkan apa yang Allah taala dan RasulNya suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Jangan buruk sangka lagi dengan Allah taala.Benarlah Firman Allah taala di dalam sebuah Hadis Qudsi :

أنا عند ظن عبدي بي

Maksudnya : Aku bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu( jika baik sangkaannya kepadaKu maka aku akan letakkannya di dalam kebaikan , tapi jika sebaliknya maka dia akan memperolehi apa yang dia sangkakan).

Kembalilah semula kepada Akidah yang benar .Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah al-Asyai’rah dan Maturidiyah.Jangan tanpa sedar kita telah menuruti jalan Jabariah yang dimurka oleh Allah taala.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah Mesir

Tuesday, May 27, 2014

Sikap Golongan yang belajar tanpa guru





Siapa yang tidak tahu perbezaan pendapat para ulama, maka ia sama sekali belum mengerti  apa itu fiqh.

Penyakit yang banyak tersebar di kalangan penuntut ilmu adalah mereka hanya mengetahui satu pendapat, memahami satu sudut pandang, belajar dari satu guru, mencukupkan diri dengan satu metode. Mereka tidak mencuba untuk mendengarkan pendapat lain, suka mengkritik metode lain, dan bahkan tidak mau melirik adanya pendapat di mazhab lain.

Dan yang menghairankan dari mereka adalah mereka melarang taklid (mengikut tanpa mengetahui sandaran nas yang digunakan) padahal kenyataannya mereka juga mukalid. Mereka melarang kita bertaklid pada ulama klasik, namun mereka sendiri bertaklid kepada beberapa ulama masa sekarang.

Mereka menentang aliran bermazhab kepada empat mazhab, namun nyatanya mereka menjadikan pendapat mereka mazhab kelima. Mereka berjuang demi mazhabnya dan menentang siapapun yang berbeza dengan mereka.

Mereka itu seperti orang buta yang meraba gajah, hanya tahu bentuk gajah dari apa yang ia pegang saja.

Seandainya mereka membuka minda mereka, maka akan tahu bahwa permasalahan dalam fikih itu terdapat banyak sekali pendapat, dan akan mengerti bahwa perbedaan pendapat ini bisa saling hidup berdampingan, bahkan meski perbedaan itu saling bertentangan dan bertolakbelakang.

Yang terpenting adalah menjaga sikap objektif, meninggalkan sikap fanatik, dan mau mendengarkan orang lain. Siapa tahu pendapat lain itu lebih benar dan masuk akal.

Syekh Yusuf al-Qaradhawi Dalam buku "al-Shahwah al-Islamiyah bayna al-Ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al-Madzmum"






Khutbah : Jangan Tinggal Solat







اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
        ( الحشر 18 ) 
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita diberikan kejayaan dan keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah dalam ayat 1 dalam Surah Al-Isra’;

Yang bermaksud : Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah merupakan satu peristiwa agung yang berlaku ke atas diri Baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi SAW telah diisra’kan dengan jasad Baginda menurut pendapat yang sahih bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah ke Bait Al-Maqdis di Palestin dengan menunggang Buraq serta ditemani oleh Jibril AS. Kemudiannya Baginda SAW dimi’rajkan pada malam itu juga dari Bait Al-Maqdis ke langit dunia sehinggalah Baginda naik mengadap Allah SWT. Lalu hampirlah Baginda dengan Allah SWT seolah-olah hampirnya dua busur panah atau lebih hampir dari itu. [1]
 
Lalu Allah mewahyukan  kepada hambaNya apa yang mahu diwahyukan. Difardhukan kepadanya 50 solat. Setelah itu Baginda Nabi pun pulang sehingga bertemu dengan Nabi Musa AS, lalu Nabi Musa AS bertanya kepada Baginda;

“Apakah yang disuruh kepadamu?”, Baginda menjawab, “50 waktu solat”, kata Musa AS, “Sungguh umat kamu itu tidak mampu melakukannya, kembalilah dan mintalah kepada Tuhanmu agar diberi keringanan kepada umatmu”, lalu Nabi pun berpaling kepada Jibril AS seolah-olah meminta pandangan darinya, lalu Jibril AS mengiakan cadangan Nabi Musa AS. Lantas mereka berdua pun naik bertemu dengan Allah SWT lalu Allah mengurangkan sepuluh darinya. 

Kemudian turunlah Nabi Muhammad SAW sehingga bertemu kembali dengan Nabi Musa AS lalu diceritakan kepada Musa AS tentang apa yang diperolehinya. Lalu Musa AS berkata, “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan dariNya”.  Lalu sentiasalah Nabi berulang alik antara Nabi Musa dan Allah SWT sehingga akhirnya Allah menetapkan hanya 5 waktu sahaja sehari semalam ke atas kita umat Nabi Muhammad SAW. [2]

Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni RH di dalam kitabnya “Munyatul Musolli” pada “Bab Meninggal Sembahyang Lima Waktu Dosa Besar”  menjelaskan bahawa, 

“Meninggalkan sembahyang adalah semungkar-mungkar perkara yang mungkar, sebesar-besar dosa yang ada dan sekeji-keji benda yang haram. Pihak pemerintah menanggung beban kerja yang berat dan dosa yang besar jika rakyat jelata tidak menghiraukan pekerjaan agama lebih-lebih lagilah sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat sebagaimana yang diperintahkan oleh syara’”.[3]

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddassir ayat 42-45,
   
Yang bermaksud :  (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?", orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;,  "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;, "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya.

Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa orang-orang yang meninggalkan solat akan dikumpulkan di akhirat nanti bersama tokoh-tokoh penderhaka kepada Allah. Jika dia meninggalkan solat kerana disibukkan oleh harta kekayaannya, maka dia akan dikumpulkan bersama-sama Qarun. Jika dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan kekuasaan atau pemerintahannya atau kerajaannya maka dia akan dikumpulkan bersama-sama dengan Firaun. Jika dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan pentadbiran atau parlimennya maka dia akan dikumpulkan bersama-sama dengan Haman. Jika dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan perdagangannya, maka dia akan dikumpulkan bersama-sama dengan Ubay bin Khalaf yang merupakan seorang pedagang kafir yang berjaya di Makkah. [4]

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa tersebut di dalam keterangan hadis bahawa orang yang mengerjakan solat, maka Allah SWT akan memuliakannya dengan lima perkara;

1.    Dibebaskannya daripada kehidupan yang susah
2.    Dibebaskannya dari seksaan kubur
3.    Buku catatan amalnya diberikan Allah dan diterima olehnya dengan tangan yang kanan
4.    Dia akan melalui titian sirath laksana kilat
5.    Dia akan masuk ke syurga tanpa hisab

Manakala mereka yang meninggalkan solat maka Allah SWT menjanjikan untuknya lima belas seksaan. Lima seksaan dikenakan ketika di dunia iaitu;

1.    Dicabut keberkatan umurnya
2.    Tidak ada tanda-tanda orang yang soleh di wajahnya
3.    Segala amal lain yang dilakukannya tidak akan diberi pahala
4.    Doanya tidak diangkat ke langit
5.    Dan tidak ada untuknya bahagian dari doa-doa orang yang soleh

Kemudian tiga jenis seksaan menjelang kematiannya;

1.    Matinya dalam keadaan yang hina
2.    Matinya dalam keadaan lapar
3.    Matinya dalam keadaan dahaga dan jika diberi minum kepadanya sebanyak air di lautan sekalipun pasti tidak akan dapat menghilangkan dahaganya

Kemudian tiga jenis seksaan ketika di dalam kuburnya;

1.    Kuburnya menjadi sempit sehingga remuk tulang-tulang rusuknya
2.    Dibakar di dalam kuburnya siang dan malam
3.    Akan diserahkannya kepada seekor ular yang bernama ‘Syuja’ Al-Aqra’’ , mata ular tersebut menyemburkan api, suaranya kuat laksana petir yang menyambar dan dia akan berkata, “Aku mendapat perintah dari Tuhan untuk mengajarmu kerana kesalahan kamu mensia-siakan solat Subuh sehingga terbit matahari. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan solat Zohor sehingga Asar. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu mensia-siakan solat Asar hingga Maghrib. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan solat Maghrib hingga Isya’. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan solat Isya’ hinggalah terbitnya Fajar”. Setiap kali dipatuk oleh ular tersebut maka terbenamlah dia ke dalam perut bumi sedalam 70 hasta. Maka diseksa dia di dalam kubur sehinggalah kepada hari kiamat.

Manakala seksa ketika bangun dari kubur;
1.    Dia akan melalui suasana hisab atau perhitungan yang amat berat
2.    Dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT
3.    Allah tidak memandangnya dengan pandangan rahmat
4.    Akhirnya diseret dia untuk dihumban ke dalam api neraka

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Diceritakan oleh sebahagian ulama’ dahulu bahawa ada seorang perempuan yang mati lalu dikebumikan oleh saudaranya. Semasa pengkebumian tersebut, saudaranya tidak sedar bahawa kantung yang berisi duitnya atau dompetnya telah terjatuh ke dalam kubur tersebut sehinggalah setelah semua orang bersurai barulah saudaranya tersebut sedar bahawa dompetnya telah terjatuh ke dalam kubur tersebut. Lalu saudaranya kembali ke kubur tersebut dan menggalinya semula kubur tersebut. Belum pun dalam dia menggali, tiba-tiba terkeluar semburan api dari dalam kubur saudara perempuannya itu. Lalu dia membatalkan niatnya untuk terus menggali, dan dia terus pulang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya. Dia bertanya kepada ibunya, “Wahai ibu, ceritakan kepadaku tentang saudara perempuanku yang meninggal itu. Apakah yang telah dia lakukan semasa dia hidup dahulu?”. Lalu ibunya bertanya, “Kenapakah kamu bertanya sedemikian?”, lalu dia berkata, “wahai ibu, aku melihat semburan api keluar dari lubang kuburnya sewaktu aku pergi untuk menggali semula kuburnya”. Lalu ibunya berkata sambil menangis, “wahai anakku, saudara perempuanmu itu selalu meringan-ringankan solatnya sehingga kadang-kadang terkeluar dari waktunya”. [5] Firman Allah SWT,
  
Yang bermaksud :  Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang ,  (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Berkata Ibnu Abbas RA, 

“Adapun yang dimaksudkan dengan ‘wail’ itu ialah satu wadi yakni kawasan yang dalam antara dua gunung di dalam neraka jahannam. Wadi ini menjadi tempat kediaman buat mereka yang melewat-lewatkan solat dari waktunya”. [6]

Demikianlah balasan untuk mereka yang sengaja melewat-lewatkan atau menangguh-nangguhkan solatnya sehingga terkeluar daripada waktunya. Bagaimanakah pula balasan azab seksaan untuk mereka yang langsung tidak menunaikan solat?, sudah tentulah jauh lebih berat dan jauh lebih dahsyat dari itu. Oleh yang demikian, jagalah solat dalam kehidupan kita dan juga ahli keluarga kita. Letakkan solat ini sebagai satu urusan yang terpenting dalam hidup kita. Jangan kerana sibuk dengan urusan dunia maka solat diabaikan. 

Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, beranikah lagi saudara meninggalkan atau mengabaikan solat lima waktu dengan gambaran seksaan yang telah diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW?. Tidak seorang pun yang berani meninggalkan solat lima waktu melainkan orang itu tidak mempunyai iman. [7]

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Syeikh Daud Abdullah al-Fathoni di dalam kitabnya ‘Munyatul Musolli’ menyatakan bahawa;

“Ada beberapa orang Sahabat dan Salafus Soleh (yakni generasi awal orang-orang soleh) berkata;

“Aku tidak terdengar mana-mana Sahabat yang berkata jika meninggalkan sesuatu amalan menjadi kafir, melainkan meninggalkan solat”

Kata Syeikh Daud Abdullah Fathoni lagi,

“Kita wajib memaksa ahli keluarga, anak-anak dan orang-orang di bawah jagaan kita supaya mendirikan solat dan jangan biarkan mereka menguzurkan diri. Dan bagi mereka yang tidak mematuhi suruhan maka hendaklah kita menakutkan mereka, memaksa dan memarahi mereka dengan bersungguh-sungguh seolah-olah mereka telah merosakkan harta benda milik kita. Jika kita tidak bertindak demikian maka kita dikira sebagai orang yang meringan-ringankan tuntutan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya orang yang mengabaikan tuntutan Allah lebih-lebih lagilah solatnya, maka orang ini tidak ada kebajikan darinya serta tidak ada keberkatan untuk kita hidup bersama-sama dengannya kerana mereka ini telah melanggar perintah Allah dan rasulNya”. [8]
  
Yang bermaksud : dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Thahaa 132)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

الخطبة الثانية :
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك  كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم أنت الله لا إله إلا الله ، أنت الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا إلى حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ آجِلٍ . اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت . آمين يا رب العالمين .
اللهم إنا نعوذبك من عذاب جهنم ، ونعوذبك من عذاب القبر ، ونعوذبك من فتنة المسيح الدجال ، ونعوذبك من فتنة المحيا والممات    
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    


[1] Sirah An-Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum (Terjemahan), Al-Syeikh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri MS 199

[2] Sirah An-Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum (Terjemahan), Al-Syeikh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri

[3] Munyatul Musolli, Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni, Abdul Ghani Jabal Maraqy, MS 68
[4] Dosa-dosa Besar, Ibnu Hajar Al-Haitami, MS 222.
[5] Dosa-dosa Besar, Ibnu Hajar Al-Haitami, MS 227
[6] Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi Uqubati Ahli Al-Kabaair, MS 5
[7] Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi Uqubati Ahli Al-Kabaair, MS 7
[8] Munyatul Musolli, Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni, MS 70

Wednesday, April 23, 2014

KEJATUHAN KHALIFAH UTHAMANIYYAH






-Perkongsian ilmu-

~Khilafah Syarifiyyah~

Senarai khilafah umat Islam Sunni : 

1- Rasulullah s.a.w (622-632 M)
2- Khulafa' ar-Rasyidin (632-661 M)
3- Bani Umayyah;
3.1- Damsyik (661-750 M)
3.2- Kordoba (929-1031 M)
4- Bani Abbasiyyah;
4.1- Baghdad (750-1258 M)
4.2- Kaherah (1261-1517 M)
5- Bani Uthmaniyyah (1517-1924 M)
6- Syarifiyyah ??? (1924-1925 M)

- Selepas beberapa hari pemansuhan khilafah terakhir, Turki Uthmaniyyah, seorang Sharif Makkah dan Raja Hijaz, Sharif Husayn ibn Ali ibn Muhammad al-Hashimi yang berketurunan Ahli Bayt telah mengisytiharkan dirinya mengambil alih takhta khalifah. Pengisytiharaan tersebut hanya diiktiraf oleh sesetengah pihak umat Islam. Takhta khalifah tersebut diserahkan kepada puteranya Sharif Ali tetapi khilafah tersebut dimansuhkan kerana ancaman dari tentera Ibnu Saud, pengasas kerajaan Arab Saudi. Itu merupakan percubaan terakhir untuk menghidupkan semula khilafah tetapi tidak berjaya.

- 1926 M, satu persidangan negara-negara umat Islam telah diadakan di Kaherah untuk membincangkan menghidupkan semula khilafah tetapi juga tidak berjaya kerana tiada kerjasama dan sambutan.



Tuesday, April 22, 2014

SAYA KEGUM DENGAN MANUSIA BEGINI : Ketua keluarga pada usia 15 tahun


Ketua keluarga pada usia 15 tahun
Jaga nenek sakit jantung berlubang dan dua adik selepas kematian ibu bapa

Kesanggupan seorang remaja yatim piatu, Norfazliana Mohd Fadly, 15, bekerja siang dan malam selepas waktu sekolah untuk membantu menyara dua adiknya dan mengumpul wang membeli ubat neneknya cukup meruntun jiwa. 

Sikap berdikari dan bertanggungjawab yang tebal dalam dirinya seharusnya menjadi contoh terbaik remaja seusianya. 
Masakan tidak, ketika remaja lain menjalani kehidupan sempurna bersama ahli keluarga dan menghabiskan masa remaja dengan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan termasuk memberi sepenuhnya tumpuan kepada pelajaran, Norfazliana terpaksa memikul tugas berat seperti 'ketua keluarga'. 


Kisah malang hidup pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai (SMKBS), Perak, itu bermula selepas kematian bapa, Mohd Fadly Ismail sejak 10 tahun lalu dan menyusul pula ibunya, Noor Azlina Mokhtarauddin, enam tahun kemudian. 

Selepas itu, beliau dan adiknya, Mohd Husaini, 9, dan Nurul Fatiha, 14, dijaga nenek mereka, Sarih Yahaya, 59, yang kini terlantar akibat penyakit jantung berlubang di rumah di Kampung Keramat, Parit Buntar, Perak. 

Bagaimanapun, kesusahan dialami tidak pernah dijadikan alasan sebaliknya beliau terus berazam untuk bersekolah dan sanggup bekerja siang dan malam bagi membantu dua lagi adiknya yang masih bersekolah di samping menjaga nenek yang mengalami penyakit jantung berlubang. 

Tanpa mengenal letih, rutin dilakukan termasuk membantu bapa saudaranya, Mohd Azrul Ramli, 27, berniaga pada waktu siang dan malam, di sebuah gerai makan, di Jalan Jeti, Bagan Serai, sejak dua tahun lalu, tanpa menagih upah bagi membalas pengorbanan bapa saudara mereka itu yang turut membantu dirinya dan dua adiknya. 

Norfazliana berkata, selepas tamat waktu persekolahan beliau dan dua adiknya terus ke gerai makan untuk membantu bapa saudara mereka pada sebelah petang. 

"Pada waktu malam pula saya akan membantu rakan bapa saudara berniaga burger di hadapan bangunan Arked Mara, di sini sehingga jam 12.30 tengah malam. 

"Kesemua wang gaji bekerja di gerai burger diserahkan kepada nenek bagi kegunaannya merawat penyakit jantung berlubang. Meskipun nenek sakit, dia tidak pernah mengeluh dalam mengasuh kami. Jasa dan pengorbanan nenek amat besar kepada kami dan hanya inilah cara yang dapat saya balas jasanya yang selama ini bersusah payah menjaga kami tiga beradik dengan penuh kasih sayang," katanya ditemui FAMILI, baru-baru ini.
SUMBER

TGH Hadi Awang- Kisah Imam Mahdi, Nabi Isa dan Akhir Zaman




Selamat menonton dan beramal.













Saturday, March 15, 2014

DEMI ALLAH, AGAMA INI TIDAK RUGI TANPA KASSIM AHMAD



MAKSUD : 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya)  secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang terang lagi nyata.



27 tahun yang lalu, saya pernah menatap sebuah buku  –Hadis : satu penilaian semula – karangan Kassim Ahmad. Dalam selang masa yang begitu lama, sedikit sebanyak saya telah melupakan isu penilaian hadis dan pemikiran songsang pengarangnya  lebih-lebih lagi ia telah difatwakan sebagai sesat.
Namun setelah hampir 30 tahun, Kassim Ahmad kembali lagi membawa idea penilaian hadisnya itu melalui Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Putrajaya.  Bagaimana ia boleh diadakan itu? Bukan dalam kapasiti saya untuk menjawabnya. Walaubagaimanapun para pembaca boleh merujuk kepada laman blog ni

Latarbelakang Agama

Sesiapa yang ingin memberi komentar tentang agama lebih lagi berkenaan perkara mendasar dalam agama seperti AQIDAH maka dia perlulah membuktikan dahulu pengajian dan kemahirannya dalam bidang tersebut. Jika tidak demikian, kita tidak perlu menoleh kepada perkara tersebut kerana ia tentu salah tanpa ilmu yang sebenar.
Sekiranya saya berbicara tentang ilmu kedoktoran dan perubatan, tentu ramai yang sangsi, “ustaz bidang apa?” “bila ustaz belajar ilmu perubatan?” dan lain-lain. Yang akhirnya kita perlu menerima, kemahiran seseorang mestilah mengikut bidang yang ia pelajari dan tekuni.
Saya tercari-cari  SYARAT ASAS  ini kepada Kassim Ahmad namun saya tidak temuinya. Lalu bagaimana beliau boleh mempertikaikan Islam sebegitu lantang lalu disandarkan kembali kepada Islam?
Akal yang sihat tidak akan dapat menerimanya.

Agamawan Tidak Berani Berdebat?

Pada sisi pandang sebahagian orang, tidak berdebat atau tidak menyahut debat seperti yang dicanangkan oleh kassim ahmad menunjukkan dia benar dalam  dakwaannya.
Namun, ia tidak dapat dipastikan begitu. Perdebatan dilakukan bila jelas kebaikannya atau kuat sangkanya akan mendatang kebaikan yang besar. Sekiranya tidak demikian sementelahan bertentangan dalil al-Quran dan hadith sahih, maka ia tidak perlu malah tiada faedahnya.
Kalaupun ada agamawan yang ingin berdebat saya minta ia dilakukan secara tertutup. Kenapa? Saya ada pengalaman tentang hal ini. Seorang bekas pelajar saya telah menganut syiah. Beliau agak baik hafazan Al-Qurannya dan memang tidak terfikir akan menjadi pengikut syiah. Namun ia bermula bila pelajar ini amat berminat untuk mengkaji kesesatan syiah. Dibacanya pelbagai kitab untuk menyerang syiah. Bila dirasakan hujahnya cukup mantap, dia memberanikan diri berdebat dengan salah serang pensyarah syiah. Terdiam dia  jadinya. Lebih teruk dari itu, dia akhirnya menjadi penganut syiah.
Nah! kalau dibuka kepada umum perdebatan tersebut, kalaupun tidak semua, akan ada saki baki yang akan menjadi pengikutnya. Rasul Kahar dan Ayah Pin pastinya sesat tapi bagaimana perkara sesat seperti itu boleh ada pengikut?

Komen pemilik blog : bahaya jika perdebatan diadakan secara terbuka, kerana Harun yg mengaku dirinya tuhan pun ada manusia yang percaya.. betul le pepatah Arab yg berbunyi 

كل ساقط له لاقط 


Maksud : Setiap buah yang jatuh (perkara bodoh dan sesat) itu pasti akan ada orang yang mengambilnya (mengikutinya).

Kebanyakkan dari kita kini memandang rendah pada pengajian akidah dan sistem pengajian turath, dengan mendakwa ia cukup sekadar berpegang dengan surah Al-IKHLAS sahaja soal akidah sedangkan banyak nas-nas lain yang menyentuh tentang soal akidah. Banyak kitab yang ditulis dan ditinggalkan kepada kita oleh para ulama' silam yang bertujuan menolak fahaman2 yang terpesong seperti ini. cuba belajar secara bertalaqqi misalannya kitab tulisan Imam Sanusi. 





PADA USIA 80…
Tidak ramai yang Allah berikan umur panjang sebegini kepada hambanya. Saya sendiri belum tentu dapat mencecah angka ini. Melihat dari sudut kebaikan, Allah masih memberi peluang untuk bertaubat dan melihat semula segala kesalahan dan kesilapan lampau. Kalaulah di usia yang melangkaui usia emas ini, masih belum ‘apa-apa’ buat empunya diri, maka, saya seperti “kehabisan” ayat al-Quran dan hadis untuk dibaca lagi.
Semoga  dua hadis dan ayat ini masih boleh direnungkan.

Sabda Rasulullah saw
كفى بالموت واعظا
Maksud :    Cukuplah mati itu sebagai peringatan

Firman Allah swt :

وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُواْ إِثْماً وَلَهْمُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Maksud : 
dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka Bahawa Kami membiarkan (Mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana Sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa Yang menghina (di akhirat kelak).(surah Ali Imran :178)

Pihak Berwajib
Kelihatannya pihak kerajaan dan JAKIM melalui kenyataan rasmi pengarahnya Dato Osman telah membuka siasatan  untuk kes ini dan saya menyokong penuh tindakan diambil kepada pemikiran yang akan merosakkan ummat ini.
Untuk memenjarakan tubuhnya barangkali, dia tidak begitu kuat untuk menghadapinya, namun PENJARAKAN PEMIKIRANNYA.
Demi Allah, Agama ini kita tidak rugi apa-apa tanpa Kassim Ahmad!

Friday, March 14, 2014

DEBAT KETUHANAN ANTARA Al-Imam al-A’dzam ABU HANIFAH Dengan si Atheis




Al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a


RENUNG-RENUNGKAN

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.