Saturday, June 29, 2013

KEPENTINGAN SOLAT



ASSALAMUALAIKUM,

TULISANKU PADA KALI INI ADALAH MENGISARKAN MENGENAI KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SEBAGAI HAMBA ALLAH.

KETAHUILAH WAHAI SAUDARAKU,BAHAWA SOLAT ITU TERSANGAT PENTING KERANA IA MERUPAKAN AMALAN PERTAMA YANG AKAN DIHISAP OLEH ALLAH S.W.T :

قال صلى الله عليه وسلم " إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته فإن صلحت فقد أفلح وأنجح وإن فسدت فقد خاب وخسر " رواه أحمد وأصحاب السنن عن أبي هريرة رضي الله عنه

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda, 'sesungguhnya amalan pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah solatnya. Jika solatnya baik maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnyarosak maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia. Sekiranya berlaku sesuatu kekurangan pada solat fardhunya, maka Tuhan Pemelihara Azza wa Jalla akan berfirman (kepada para malaikat- Nya) : Lihatlah oleh kamu adakah hamba-ku mempunyai ibadat tathowwu'? Lalu solat fardhu nya itu disempurnakan dengan solat tathowwu'-nya itu. Kemudian seluruh amalan dihisab sedemikian juga.' [065] (Sahih,Dikeluarkan oleh At-Tarmidzi dan An-Nasa'i. Juga dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah,   Al-Hakim dengan lafaz sedikit berbeza)




SOLAT JUGA TURUT DIANGGAP TIANG (ASAS) SEBAGAI DALAM AGAMA ISLAM. SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W :

عن عمر بن الخطاب أنه قال :جاء رجل فقال يا رسول الله أي شيء أحب عند الله فقال الصلاة لوقتها ومن ترك الصلاة فلا دين له والصلاة عماد الدين 

MAKSUD : TELAH DATANG SEORANG LELAKI LALU BERTANYA KEPADA RASULLAH MENGENAI AMALAN YANG DISUKAI ALLAH.BAGINDA MENJAWAB : "SOLAT PADA WAKTUNYA,SESIAPA YANG MENINGGALKAN SOLAT, TIADA AGAMA BAGINYA KERANA SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA"

SOLAT JUGA MERUPAKAN ALAT MENGUKUR DAN TANDA ARAS BAGI MEMBEZAKAN ANTARA KAFIR DAN ISLAM .

ANTARA KELEBIHAN SOLAT ADALAH IA SEBAGAI MEDIUM PENGANTARAAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T . IA JUGA DAPAT MENENANGKAN HATI KITA YANG BUAI OLEH 1001 PERMASALAHAN:



MAKSUD : " KEDUDUKKAN PALING HAMPIR ANTARA HAMBA DENGAN TUHANNYA ADALAH PADA SUJUD, MAKA PERBANYAKKANLAH DOA DALAM SUJUD "



2:153

MAKSUD : " WAHAI ORANG BERIMAN, MINTALAH PERTOLONGAN (DARI ALLAH) DENGAN SABAR DAN SOLAT. SESUNGGUHNYA, ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR"




ASAS BAGI AGAMA ISLAM ADALAH SOLAT ( SOLAT TIANG AGAMA).....BOLEH DIANGGAP BAHAWA










يا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 

"-wahai orang-orang beriman mintalah pertolongan dengan sabar dan SOLAT. (surah al-Baqarah : 153)



كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ إذا حزَبه أمرٌ صلَّى


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا حزبه أمر فزع إلى الصلاة

-Apabila Rasulullah saw ditimpa masalah, Baginda saw bersegera SOLAT. (Ibn Hajar Fath 3/205-hasan)

KINI, CABARAN YANG KITA PERLU TEMPUHI ADALAH BAGAIMANA UNTUK MEMPERELOKKAN SOLAT KITA DAN YANG KEDUANYA, MENGAJAK ORANG LAIN SUPAYA MENUNAIKAN SOLAT. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH THOHA :

MAKSUD : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG JUGA MERUPAKAN DAI' (PENDAKWAH),KITA HENDAKLAH MEMBERI PERINGATAN TERLEBIH DAHULU KEPADA KELUARGA KITA SERTA MENUNJUKKAN SIKAP YANG BAIK KEPADA ORANG LUAR :


إبداء بنفسك تامر حسني

MAKSUD : "MULALAH DENGAN DIRI KAMU SENDIRI "


 FIRMAN ALLAH :



MAKSUD : "WAHAI ORANG BERIMAN, PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA KELUARGA KAMU DARIPADA NERAKA .SESNUGGUHNYA BAHAN BAKAR NERAKA ITU DARIPADA BATU-BATA DAN MANUSIA. DI DALAMNYA TERDAPAT MALAIKAT YANG BENGIS YANG
TIDAK MELANGGAR PERINTAH ALLAH"



 KEMUDIAN, BARULAH KITA MENYERU ORANG RAMAI MELAKUKAN KEBAIKKAN (SOLAT). LEBIH-LEBIH LAGI JIKA KITA MEMPUNYAI KUASA KHUSUSNYA SEBAGAI PEMERINTAH . FIRMAN ALLAH :


MAKSUD : " Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan


DR MORSI






Saturday, June 22, 2013

DOA SUPAYA HUJAN RAHMAT

DOA UNTUK MINTA HUJAN 

- اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ.

“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” 


- اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا.

“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,
” 


- اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.

“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu 

dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”





Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:


Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:



عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:




((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).



“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh]


HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU 

SYA’BAN

Hadis lemah tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban.
HADIS PERTAMA:

Daripada ‘Aisyah r.a, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah s.a.w. lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:
“Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”
Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”].

KESIMPULAN DARIPADA HADIS INI ADALAH REBUTLAH PELUANG UNTUK MENDAPAT KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH..

TIDAK ADA GUNANYA JIKA KITA SALING BERGADUH DENGAN MENGHALANG ORANG RAMAI DARIPADA MELAKUKAN  KEBAIKAN ATAS ALASAN BIDAAH.. SEDARLAH, BAHAWA RAMAI LAGI MANUSIA SEDANG HANYUT MELAKUKAN MAKSIAT..PERGILAH HALANG MEREKA YANG MELAKUKAN MAKSIAT INI....

KETAHUILAH WAHAI SAUDARAKU, BAHAWA BUKAN KITA SEORANG SAJA YANG MENGUASAI RIBUAN HADIS SEHINGGAKAN APA YANG DIBUAT OLEH ORANG LAIN DIKATAKAN BIDAAH KERANA IA TIDAK DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:

عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh]

ADAB SEMASA MAKAN






Do'a sebelum dan selepas makan yang sahih daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam....

SEBELUM
Apa yang sahih berkenaan doa sebelum makan adalah sebagaimana dalam hadith berikut:



إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ. فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ.

Apabila salah seorang di antara kamu makan maka katakanlah: Bismillah, lalu apabila pada awalnya dia lupa maka katakanlah: Bismillah fi awwalihi wa akhirihi. - Hadith riwayat al-Tirmidzi (no. 1858) dengan sanad yang sahih. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Lihat Shahih Abu Daud (no. 3768), Shahih Ibn Majah (no. 3264) dan Shahih al-Jami’ (no. 1335).

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w mengajar Umar bin Abi Salamah yang masih kecil:





يَاغُلاَمُ سَمِّ الله َوَكُلْ بِيَمِيْنِكَ.

Wahai budak lelaki, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu. - Hadith riwayat al-Bukhari, no. 5376 dan Muslim (no.2022).

SELEPAS MAKAN


Adapun yang shahih berkenaan doa selepas makan ini adalah sebagaimana dalam hadis berikut:


الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا.

Segala puji bagi ALLAH (dengan pujian) yang sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai TUHAN kami.” - Hadith riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari (no. 5458).

ADAB SEMASA MAKAN

Friday, June 21, 2013

KELEBIHAN ILMU









HADIS 1 :

 إن لله تبارك وتعالى ملائكة سيارة  فضلا . يتبعون مجالس الذكر . فإذا وجدوا مجلسا فيه ذكر قعدوا 
معهم . وحف بعضهم بعضا بأجنحتهم . حتى يملؤا ما بينهم وبين السماء الدنيا . فإذا تفرقوا عرجوا وصعدوا إلى السماء . قال فيسألهم الله عز وجل ، وهو أعلم بهم : من أين جئتم ؟ فيقولون : جئنا من عند عباد لك في الأرض ، يسبحونك ويكبرونك ويهللونك ويحمدونك ويسألونك . قال : وماذا يسألوني ؟ قالوا : يسألونك جنتك . قال : وهل رأوا جنتي ؟ قالوا : لا . أي رب ! قال : فكيف لو رأوا جنتي ؟ قالوا : ويستجيرونك . قال : ومم يستجيرونني ؟ قالوا : من نارك . يا رب ! قال : وهل رأوا ناري ؟ قالوا : لا . قال : فكيف لو رأوا ناري ؟ قالوا : ويستغفرونك . قال فيقول : قد غفرت لهم . فأعطيتهم ما سألوا وأجرتهم مما استجاروا . قال فيقولون : رب ! فيهم فلان . عبد خطاء . إنما مر فجلس معهم . قال فيقول : وله غفرت . هم القوم لا يشقى بهم جليسهم


الراوي: أبو هريرة - خلاصة الدرجة: صحيح - المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح



MAKSUDNYA:  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi.


Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.

Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab:

Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu.

Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab:
Mereka memohon Syurga dariMu.
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu?

Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.
Allah berfirman:
Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu?
Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan.
Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa?

Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan.

Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum.

Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu.

Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka
Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu.
Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.

Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan ".




HADIS 2 :

وروى أبو داود ، والترمذي ، وابن ماجه ، وصححه ابن حبان عن أبي الدرداء مرفوعا : " من سلك طريقا يلتمس فيه علما ، سهل الله له به طريقا إلى الجنة ، وإن الملائكة لتضع أجنحتها لطالب العلم رضا بما يصنع ، وإن العالم ليستغفر له من في السماوات ومن في الأرض حتى الحيتان في الماء ، وفضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب ، وإن العلماء ورثة الأنبياء لم يورثوا دينارا ، ولا درهما إنما ورثوا العلم ، فمن أخذه أخذ بحظ وافر".......ر


Maksudnya: “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya para Malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha atas apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya orang yang berilmu benar-benar dimintakan ampun oleh penghuni langit dan bumi, bahkan oleh ikan-ikan yang berada di dalam air.” 

[Hadits shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 3641), Tirmidzi (no. 2682), Ibnu Majah (no. 223), Ahmad (V/196), Ad-Darimi (I/98), Ibnu Hibban (88 – Al-Ihsan dan 80 – Al-Mawarid)




HADIS 3 :





MAKSUD:  " BARANG SIAPA YANG DIKEHENDAKI ALLAH AKANNYA KEBAIKAN, NESCAYA ALLAH AKAN BERI KEPADA KEFAHAMAN DALAM AGAMA"


HADIS 4 :


RASULULLAH BERSABDA : "SESIAPA YANG MELALUI SUATU JALAN UNTUK MENCARI ILMU,NESCAYA ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKANNYA JALAN KE SYURGA"



ALQURAN :





MAKSUD :
"SESUNGUHNYA HANYA MEREKA YANG TAKUT AKAN ALLAH ADALAH ULAMA' "


FIRMAN ALLAH DALAM SURAH THOHA AYAT KE 70 :


MAKSUD : 
(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".

AYAT INI MENERANGKAN BAHAWA AHLI SIHIR FIRAUN DAPAT MEMBEZAKAN DAN MENGENAL PASTI PERBUATAN NABI MUSA A.S ( melembar tongkat) BUKANLAH SIHIR TETAPI IA ADALAH MUKJIZAT




ALLAH MENGANGKAT DARJAT ORANG YANG BERILMU :



MAKSUD :

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.





MAKSUD :

 "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."






DOA MENUNTUT ILMU :






  Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.
..... 


Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin :


"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.


4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.



5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.


6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.



7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

.............




Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (  Muslim)


LAWAK ORANG JAHIL :





Semangat tanpa ilmu pula boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. SILA BACA DI SINI


JIKA ANDA BERMINAT MEMILIKI DINAR KELANTAN, SILA KLIK

















Monday, June 17, 2013

KEHEBATAN BUMI SYAM

KELEBIHAN BUMI SYAM

 (SYRIA,JORDAN DAN PALESTIN)





Daripada Saidina Zaid binTsabit radiyallahu anhu, bahawa Rasullullah sollallahu alaihi wa sallam telah bersabda: “Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi)

SYAM ADALAH BUMI TUMPUAN ANBIYA'

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam radiyallahu anhu bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebanyak 500 makam para nabi di Damsyik sahaja!

Firman Allah Taala di dalam surah at Tin:


"Demi buah tin dan zaitun. Dan demi Gunung Sinai." (surah at Tin ayat 1 dan 2)


Qatadah dan Hassan al Basri mengatakan bahawa:

"Perkataan  Tin adalah merujuk kepada sebuah bukit yang terletak di Damsyik (Jabal Qasiyun) dan buah zaitun adalah merujuk kepada sebuah bukit yang terletak di Baitul Maqdis."

Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Daripada Abdullah Ibn Umar r.a telah mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kamu pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam." Petikan hadis ini dalam bentuk frame :



INI ADALAH MASJID UMAWI 

MASJID INI MERUPAKAN LOKASI NABI ISA AKAN 

TURUN KE BUMI PADA AKHIR ZAMAN

MENARA PUTIH INILAH TEMPATNYA

Hadis ini Masyhur lagi sahih.

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Nabi Isa AS akan turun di menara putih di Timur Damsyik untuk memerangi Dajjal (ينزل عيسى بن مريم عليهما السلام عند المنارة البيضاء شرقي دمشق). PETIKAN HADIS DALAM FRAME :







Baginda s.a.w. bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kami pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn As berkata: " Satu masa akan tiba apabila manusia akan menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecualinya semuanya berpindah ke Syam."

Saidina Kaa'b bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adal...ah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.


Diriwayatkan oleh Abdul Razzak, Thabari, Wahidi, Ibn Asakir dan lain-lain lagi.

Kesemuanya merupakan simbolik buat tempat yang ada kaitan dengan tiga orang nabi iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Musa alaihimus salam.

Menurut Maulana Sheikh terdapat sebanyak 40 000 makam para nabi, para sahabat dan solihin yang terletak di bumi Damsyik.

Syam adalah tempat tumpuan para nabi, para sahabat dan awliya.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam r.a. bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebany...ak 500 makam para nabi di Damsyik

Dari Abdullah ibn Hawalah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah Taala telah memberi jaminan kepadaku tentang keselamatan bumi Syam dan penduduknya."

Hadis masyhur ini diriwayat oleh Abu Daud dan Ahmad dengan sanad hadis ya...ng sahih.

Baginda nabi s.a.w. bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula di dalam menafsirkan firman Allah Taala, mafhumnya:

"Kami jadikan Nabi Isa Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat); Kami jualah yang telah menempatkan kedua-duanya (Nabi Isa dan Sayyidah Maryam) di tanah yang tinggi, tempat tinggal yang mempunyai tanaman dan mata air yang mengalir."
(Q:24:50)

Beliau telah menafsirkan bahawa tempat tersebut adalah Damsyik.
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda:

“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat r.a. yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasulallah?”

Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi.

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn ‘As r.a. berkata:

"Satu masa akan tiba, apabila manusia menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecuali semuanya berpindah ke Syam."

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa sesungguhnya ada ...seorang lelaki telah datang menemui Rasullullah s.a.w. Beliau menyatakan yang dia ingin merantau, tatkala itu Rasullullah s.a.w bersabda kepadanya:

“Menetaplah kamu di bumi Syam, sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan kepadaku bagi bumi Syam dan ahlinya.”

Saidina Ka’ab bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad s.a.w di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adalah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.

Al Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Wahid al Maqdisi di dalam kitabnya yang bertajuk Fadhail Syam mengenengahkan beberapa hadis mengenai perbahasan ini.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Tirmidzi, daripada Ibnu Umar r.a. bahawasan...ya Rasullullah s.a.w. bersabda:

“Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah pada kami negeri Syam dan Yaman.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nua’im. Abu Idris al Khaulani mengatakan:

“Sesiapa yang dijamin oleh Allah dengannya (Syam), nescaya tidak akan dibinasakan dirinya.

Hadis ini Masyhur lagi sahih.

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Nabi Isa AS akan turun di menara putih di Timur Damsyik untuk memerangi Dajjal (ينزل عيسى بن مريم عليهما السلام عند المنارة البيضاء شرقي دمشق) dan bersama dengannya ialah mereka yg disifatkan oleh nabi SAW sebagai golongan yg zahir di atas kebenaran berdasarkan hadith Muadz yang menyebut : (وهم بالشام) Mereka itu di Syam. Kerana itu menurut sebahagian riwayat ada yg menyebutkan wujud para sahabat yg berhijrah ke Syam semata2 untuk menjadi golongan yg disebutkan oleh nabi SAW. Banyak fadhilat Syam dan keberkatan yg didoakan oleh Nabi SAW seperti : ( طُوبَى لِلشَّامِ . فَقُلْنَا : لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا) Berbahagialah ahli Syam, kami bertanya kenapa begitu ya Rasulullah?Jawab baginda: Kerana malaikat rahmat melebarkan sayapnya meliputi Syam. [riwayat Tirmidzi]