Berdusta Atas Nama Agama : Pusat Tahfiz Amal
Beberapa minggu yang
lalu, aku baru sahaja keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari
Singapura. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti di sebuah restoran di
Seremban. Sudah lama aku tak makan di situ. Sedang aku menjamu selera, aku di
datangi seorang budak lelaki yang aku rasakan usianya sekitar 10 atau 12 tahun.
Budak : Assalamu
alaikum Pakcik. Harap dapat beramal dan beri sumbangan untuk Pusat Tahfiz.
Aku melihat budak itu.
Sambil tersenyum dia menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan yang diberi
oleh orang ramai. Aku tenung wajah budak tersebut.
Aku : Datang dari mana
?
Budak : Dari Kedah.
Saya datang buat jualan amal, kutip derma.
Aku :
Jauuuuhhhnyaaaaa. Ni Seremban taw dik. Kedah ke Seremban ni, dekat 600km.
Apasal sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang Kedah sana takkan bakhil - bakhil
tak mahu beri sedekah ?
Budak : Kami kutip
derma banyak tempat pakcik. Kedah ada juga.
Aku : OooooOoooo. Adik
kutip derma apa ?
Budak : Kami kutip
derma untuk sekolah tahfiz kami di Kedah.
Aku : OooOoooo ...
ishhhh ..... sekarangkan musim budak-budak sedang bersekolah, bukan musim cuti.
Apasal adik tak masuk kelas belajar ?
Budak : Kami sekolah
swasta pakcik. Kami tak ikut sistem sekolah kerajaan.
Aku : Isshhhh adik ni.
Nak buat lawak lak. Sekolah swasta pun, kena apply permit dengan Kementerian
Pelajaran dan kena ada sistem belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke
atau sekolah Tipu ?
Budak : Kami sekolah
tahfiz pakcik. Kami belajar Al Quran saja.
Aku : Oh ye ke ?
ermmmm ... OK laaa ... memandangkan awak ni belajar sekolah tahfiz ... Pakcik
nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh awak sambung ayat tu OK ....
Aku pun membaca 3 ayat
dari surah Al Baqarah dari ayat 20 hingga 23.
Aku : OK adik , sila
sambung ayat yang pakcik baca tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan
?
Budak tu dah cuak.
Wajahnya dah pucat. .... Ermmm ... ermmm ... Saya belum hafal surah tu lagi
pakcik.
Aku : Isshhh ... itu
surah Al Baqarah, ayat 20 hingga 23. Takkan awak tak hafal ? sekali lagi saya
nak tanya, sekolah awak ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?
Budak : Sekolah tahfiz
pakcik. Kami mula baca dan hafal muqaddam saja.
Aku : OK, kalau macam
itu, cuba baca surah As Syams. pakcik nak dengar.
Budak tu semakin pucat
...... Saya belum hafal lagi pakcik.
Aku tak puas hati. Aku
pegang tangan budak tu agar dia tak lari ..... OK kalau macam tu, tolong baca
surah Al Fatihah ...
Budak tu terkedu.
Perlahan dia baca Surah Al Fatiha sampai habis.
Aku :
Astaghfirullahalazim. .... Awak baca Al Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin
dengan Shad tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak tanya, sekolah
adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak
ingatkan. Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam api neraka. Kalau adik nak
menipu, siapkan diri adik untuk masuk neraka.
Budak tu dah menangis
... tak terjawab.
Aku : Adik nak masuk
neraka ?
Budak tu geleng
kepala.
Aku : Sekolah ni
sekolah tipukan ?
Budak tu angguk
kepala.
Aku : OK nanti adik
bagitahu Ustaz, cakap Pakcik TAIKO pesan, takutlah dengan neraka ALLAH. Orang
yang berdusta atas nama agama,mereka adalah orang munafik dan tempatnya lebih
hina dari orang kafir di neraka.
Berikut adalah
maklumat berkenaan Pusat Tahfiz Amal yang aku perolehi dari resit budak tu :
Pusat Tahfiz Amal
Km. 17. Jalan Yan
Kuala Kedah
Mkm. Kangkong
06600 Alor Setar,
Kedah.
No. Telefon :
04-7647640 / 019 3893544
Bila aku google
berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni, rupa-rupanya sudah banyak kes. Tapi aku hairan
mengapa pihak berkuasa KHUSUSNYA DI KEDAH tidak mengambil tindakan.
Antara aduan dan
rungutan yang aku temui ialah :
1. Pusat Tahfiz Amal
? http://penaummi.blogspot.com/2011/04/pusat-tahfiz-amal.html
2. Guru Pusat tahfiz
Ditangkap http://www.mazidulakmal.com/2011/08/guru-pusat-tahfiz-ditangkap.html
3. Pelajar Kutip Derma http://www.info-gallery.org/2012/01/peralat-pelajar-kutip-derma-main-perlu.html
4. Peminta Derma http://ummi-iman.blogspot.com/2012/04/peminta-derma.html
5. Pusat Tahfiz
Pergunakan Remaja http://ondscene.my/isuanalisis/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj
6. Paksa Anak Yatim
Cari Dana http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
7. 4 Guru Ditahan Jual
Nama Anak Yatim Untuk Raih Simpatihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Seandainya operator
Pusat Tahfiz Amal ini ada membaca posting aku ni, aku menyeru kepadanya agar
bertaubatlah. Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk
mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam.
Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan
Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat
tahfiz/anak yatim yang sebenar.
Tulisan ini adalah Copyright. Sila sebarkan jika ada manfaat demi menyedarkan masyarakat agar
tidak timbul fitnah ke atas Ma'had Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang benar-benar
menjalankan operasi berlandaskan syariat.
No comments:
Post a Comment