TULISAN INI DIMULAI DENGAN SEPOTONG AYAT DARI SURAH TAUBAH
MAKSUD :
"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh ( SESUATU YANG AMAT SUKAR) bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."
Pada bulan Ramadhan yang lalu, saya berkesempatan mengikuti
kuliah agama di Madrasah Al-Quran Pinang Jaya,Bukit Pinang (markas tabligh dan
Maahad Tahfiz) yang disampaikan oleh
Mufti Kedah, Dato’ Syeikh Badaruddin Hj Ahmad. Beliau telah mengupas tentang
tafsiran ayat diatas dengan mengatakan bahawa Islam adalah suatu agama yang
bersifat futuristic (yang menjangkau masa hadapan) seperti janji Allah iaitu
syurga,neraka,azab kubur,dosa,pahala dan lain-lain. Dengan kata lain, jika
seseorang itu bersifat materialistic (kebendaan dan matlamatnya hanyalah dunia
sahaja) pastilah ajaran Islam sukar
menembusi hati individu tersebut kerana menyifatkan bahawa Islam ini sesuatu
yang sukar diamalkan (kefardhuan solat dll) dan diterima akal.
Jesteru, kebanyakkan ajaran sesat di Malaysia menampilkan
suatu pembaharuan iaitu kefardhuan solat dibatalkan atau diringankan. Ajaran
Syiah khususnya telah meringankan kefardhuan solat dengan membenarkan para
penganutnya menjama’kan (menghimpunkan solat) solat bagi setiap waktu (tanpa
sebab) dengan alasan bahawa hadis tersebut diambil dari kitab sahih dan ada juga
yang mengatakan bahawa mereka sedang bermusafir dari alam dunia ke alam akhirat.
Wah!!! Hujah-hujah yang dikeluarkan memang menarik sekali. Itulah apabila kita
hanya semangat sahaja yang lebih dalam membanteras Syiah, tetapi ilmu tentang
agama Islam masih cetek lagi, dibimbangi kita juga akan terjerumus dalam ajaran
Syiah. Inilah pentingnya ulama’ dan ilmu dalam membimbing kita ke jalan yang
betul.
Antara kelebihan ajaran Syiah adalah meringankan kefardhuan
solat serta membenarkan nikah muta’ah (jenis nikah ini dan memakan keldai telah
diharamkan berdasarkan Hadis Rasulullah pada perang Khaibar)… Kedua-dua
kelebihan ini adalah untuk menarik orang awam khususnya para pemuda bagi
menganut ajaran ini serta menanam sikap benci kepada ajaran Islam yang sebenar…
Penyebaran ajaran Syiah boleh dilihat sangat ketara di
Malaysia khususnya dalam bidang penulisan yangmana penulisnya sangat memuji
kerajaan Iran yang dikatakan terkehadapan dalam semua bidang khususnya
teknologi serta ajaran Islam yang diamalkan oleh Iran bersifat ideal dan boleh
diubah mengikut pengedaran zaman. Penulis ini adalah penulis novel yang
merupakan sebuah pensyarah di universiti yang terkenal di Malaysia.
TERDAPAT RAMAI ORANG YANG BERSEMANGAT DALAM MEMBANTERASKAN AJARAN SYIAH TANPA SEBARANG ILMU..... YANG LEBIH MENAKUTKAN LAGI ADALAH GOLONGAN AHLI SUNAT WAL JUMAAT (orang islam yang tidak menunaikan solat fardhu tetapi hanya mementingkan 2 solat sunat hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta solat Jumaat pada kali ketiga kerana dibimbangi Allah akan menutup hati apabila meninggalkan solat Jumaat pada kali ketiga) ADALAH GOLONGAN YANG PALING BERSEMANGAT DALAM MENCERITAKAN MENGENAI BAHAYANYA SYIAH KEPADA SANAK-SAUDARA PADA RAYA AIDILFIRI KALI INI....
TETAPI SEMANGAT ITU TIADA APA-APA MAKNA KERANA ORANG YANG TIDAK SOLAT MERUPAKAN GOLONGAN PALING RAMAI TERJEBAK DALAM AJARAN SESAT DI MALAYSIA.. SEBUT JE APA JENIS NAMA AJARAN SESAT SEKALI PUN, SEPERTI AYAH PIN, HASSAN ANAK RIMAU, TUHAN HARUN, RASUL KAHAR DAN LAIN2, KUMPULAN INI MERUPAKAN PENDOKONG UTAMA AJARAN SESAT TERSEBUT ....KERANA SOLAT MERUPAKAN SUATU TANDA ARAS (PENGUKUR) BAGI ORANG ISLAM... SILA BACA DI SINI
MAKSUD :
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
PESANAN :
"SEBELUM BERTINDAK (bercakap dan melakukan sesuatu) PERLULAH MEMPUNYAI ILMU,
APABILA BERILMU HENDAKLAH
BERAMAL,
APABILA BERAMAL HENDAKLAH IKHLAS"
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
PESANAN :
"SEBELUM BERTINDAK (bercakap dan melakukan sesuatu) PERLULAH MEMPUNYAI ILMU,
APABILA BERILMU HENDAKLAH
BERAMAL,
APABILA BERAMAL HENDAKLAH IKHLAS"
TUNTULAH ILMU AGAMA BANYAK2, KERANA IA BUKAN SAHAJA BERI MANFAAT DI DUNIA NI BAHKAN MENJANGKAUI KE ALAM AKHIRAT YANG KEKAL ABADI
No comments:
Post a Comment