Friday, March 14, 2014
TUNTUTLAH ILMU DAHULU SEBELUM 'BERJUANG' !!! nak ikut Kassim Ahmad ker?
Ulama zaman dahulu, mereka menyibukkan diri mereka dengan ilmu-ilmu Turath , maka malakah atau kepakaran mereka di dalam ilmu-ilmu Turath tersebut mampu mereka terjemahkan di dalam perjuangan mereka menegakkan agama Allah taala di dalam tulisan, siri dakwah dan keterlibatan mereka di dalam politik dan harakah Islamiyah .
Penuntut ilmu sekarang , menyibukkan diri dengan ilmu Harakah Islamiyyah tetapi tidak melihat bahawa ilmu-ilmu Turath adalah kepentingan yang lebih utama. Menyebabkan mereka jadi tempang bilamana melibatkan diri di dalam medannya kelak.
Harakah Islamiyyah adalah amal yang wajib ditegakkan, bukannya teori di dalam kitab-kitab. Tersilap meletakkan keutamaan menyebabkan pincang di dalam pembinaan peribadi seorang pengerak Harakah Islamiyyah.
Ingin menjadi seperti Sayyiduna Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi rahimahumallah, mengapa tidak mengikut sistem pendidikan mereka sejak kecil?
Yang lebih menyayatkan hati ini apabila melihat orang-orang yang jahil tentang agama (belajar agama hanya setakat SPM) bersemangat membidaah masyarakat dan ingin menengakkan daulah Islamiyyah. Memang betul, kita harus mengembalikan kekuasaan Islam, tetapi perlulah dengan ILMU.... belajar le dulu bro !!!
Jangan le bercakap sampai menampakkan kebodohan misalannya "Pernah x kamu dengar Salman AlFarisi meriwayatkan sebuah hadis???" (ini adalah cakap2 untuk mengharuskan perjuangan menengakkan Islam tanpa ilmu)...... orang macam ni le yg akan 'tersangkut' apabila berhadapan dengan puak2 yg terpesong dari Islam seperti Kassim Ahmad... Baru je lihat hujah Kassim Ahmad, dah puji dia .. kata Kassim Ahmad banyak baca kitab tafsir.... COME ON le Bro, orang2 Yahudi bukan je baca kitab2 samawi malah mereka kenal Rasulullah lebih daripada mengenali anak mereka sendiri ( ayat Quran byk menceritakan hal ini . Antaranya sila rujuk surah Al-Baqarah ayat 146)... lihat x persamaan golongan anti hadis dengan puak Yahudi ni??? puak Yahudi menolak kerasulan Nabi Muhammad secara total, golongan anti hadis pula menolak hadis (perbuatan,percakapan,pengakuan) Rasulullah.... sama kan kedua-dua golongan ini??
Kalau betul le golongan Kassim Ahmad ni nak ikut AL-QURAN tanpa mengambil Hadis sebagai sumber hukum, silalah wasiatkan kepada keluarga ANDA supaya apabila berlaku kematian, tolong JANGAN MANDIKAN, KAFANKAN DAN KEBUMIKAN JENAZAH KAMU ..... sebabnya amalan ini hanya boleh didapati daripada HADIS secara terperinci seperti amalan solat,haji dll.
Tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya daripada para ulama amilin yang benar ilmunya, bersambung sanadnya sehingga Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Jangan sampai kita memalukan gerakan Islam yang ingin kita dokongi nanti..
SILA KE SINI UNTUK MEMBACA TULISAN SAYA MENGENAI KELEBIHAN ILMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment