Saturday, March 15, 2014

DEMI ALLAH, AGAMA INI TIDAK RUGI TANPA KASSIM AHMAD



MAKSUD : 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya)  secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang terang lagi nyata.



27 tahun yang lalu, saya pernah menatap sebuah buku  –Hadis : satu penilaian semula – karangan Kassim Ahmad. Dalam selang masa yang begitu lama, sedikit sebanyak saya telah melupakan isu penilaian hadis dan pemikiran songsang pengarangnya  lebih-lebih lagi ia telah difatwakan sebagai sesat.
Namun setelah hampir 30 tahun, Kassim Ahmad kembali lagi membawa idea penilaian hadisnya itu melalui Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Putrajaya.  Bagaimana ia boleh diadakan itu? Bukan dalam kapasiti saya untuk menjawabnya. Walaubagaimanapun para pembaca boleh merujuk kepada laman blog ni

Latarbelakang Agama

Sesiapa yang ingin memberi komentar tentang agama lebih lagi berkenaan perkara mendasar dalam agama seperti AQIDAH maka dia perlulah membuktikan dahulu pengajian dan kemahirannya dalam bidang tersebut. Jika tidak demikian, kita tidak perlu menoleh kepada perkara tersebut kerana ia tentu salah tanpa ilmu yang sebenar.
Sekiranya saya berbicara tentang ilmu kedoktoran dan perubatan, tentu ramai yang sangsi, “ustaz bidang apa?” “bila ustaz belajar ilmu perubatan?” dan lain-lain. Yang akhirnya kita perlu menerima, kemahiran seseorang mestilah mengikut bidang yang ia pelajari dan tekuni.
Saya tercari-cari  SYARAT ASAS  ini kepada Kassim Ahmad namun saya tidak temuinya. Lalu bagaimana beliau boleh mempertikaikan Islam sebegitu lantang lalu disandarkan kembali kepada Islam?
Akal yang sihat tidak akan dapat menerimanya.

Agamawan Tidak Berani Berdebat?

Pada sisi pandang sebahagian orang, tidak berdebat atau tidak menyahut debat seperti yang dicanangkan oleh kassim ahmad menunjukkan dia benar dalam  dakwaannya.
Namun, ia tidak dapat dipastikan begitu. Perdebatan dilakukan bila jelas kebaikannya atau kuat sangkanya akan mendatang kebaikan yang besar. Sekiranya tidak demikian sementelahan bertentangan dalil al-Quran dan hadith sahih, maka ia tidak perlu malah tiada faedahnya.
Kalaupun ada agamawan yang ingin berdebat saya minta ia dilakukan secara tertutup. Kenapa? Saya ada pengalaman tentang hal ini. Seorang bekas pelajar saya telah menganut syiah. Beliau agak baik hafazan Al-Qurannya dan memang tidak terfikir akan menjadi pengikut syiah. Namun ia bermula bila pelajar ini amat berminat untuk mengkaji kesesatan syiah. Dibacanya pelbagai kitab untuk menyerang syiah. Bila dirasakan hujahnya cukup mantap, dia memberanikan diri berdebat dengan salah serang pensyarah syiah. Terdiam dia  jadinya. Lebih teruk dari itu, dia akhirnya menjadi penganut syiah.
Nah! kalau dibuka kepada umum perdebatan tersebut, kalaupun tidak semua, akan ada saki baki yang akan menjadi pengikutnya. Rasul Kahar dan Ayah Pin pastinya sesat tapi bagaimana perkara sesat seperti itu boleh ada pengikut?

Komen pemilik blog : bahaya jika perdebatan diadakan secara terbuka, kerana Harun yg mengaku dirinya tuhan pun ada manusia yang percaya.. betul le pepatah Arab yg berbunyi 

كل ساقط له لاقط 


Maksud : Setiap buah yang jatuh (perkara bodoh dan sesat) itu pasti akan ada orang yang mengambilnya (mengikutinya).

Kebanyakkan dari kita kini memandang rendah pada pengajian akidah dan sistem pengajian turath, dengan mendakwa ia cukup sekadar berpegang dengan surah Al-IKHLAS sahaja soal akidah sedangkan banyak nas-nas lain yang menyentuh tentang soal akidah. Banyak kitab yang ditulis dan ditinggalkan kepada kita oleh para ulama' silam yang bertujuan menolak fahaman2 yang terpesong seperti ini. cuba belajar secara bertalaqqi misalannya kitab tulisan Imam Sanusi. 





PADA USIA 80…
Tidak ramai yang Allah berikan umur panjang sebegini kepada hambanya. Saya sendiri belum tentu dapat mencecah angka ini. Melihat dari sudut kebaikan, Allah masih memberi peluang untuk bertaubat dan melihat semula segala kesalahan dan kesilapan lampau. Kalaulah di usia yang melangkaui usia emas ini, masih belum ‘apa-apa’ buat empunya diri, maka, saya seperti “kehabisan” ayat al-Quran dan hadis untuk dibaca lagi.
Semoga  dua hadis dan ayat ini masih boleh direnungkan.

Sabda Rasulullah saw
كفى بالموت واعظا
Maksud :    Cukuplah mati itu sebagai peringatan

Firman Allah swt :

وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُواْ إِثْماً وَلَهْمُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Maksud : 
dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka Bahawa Kami membiarkan (Mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana Sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa Yang menghina (di akhirat kelak).(surah Ali Imran :178)

Pihak Berwajib
Kelihatannya pihak kerajaan dan JAKIM melalui kenyataan rasmi pengarahnya Dato Osman telah membuka siasatan  untuk kes ini dan saya menyokong penuh tindakan diambil kepada pemikiran yang akan merosakkan ummat ini.
Untuk memenjarakan tubuhnya barangkali, dia tidak begitu kuat untuk menghadapinya, namun PENJARAKAN PEMIKIRANNYA.
Demi Allah, Agama ini kita tidak rugi apa-apa tanpa Kassim Ahmad!

No comments:

Post a Comment