Tuesday, October 29, 2013
Friday, October 25, 2013
Thursday, October 24, 2013
Mari melakukan perkara sunnat di hari Jumaat.

Maksud :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Seringkas selawat yang disyorkan :
Selawat dalam solat :

ALLAH TARIK NIKMAT KEAMANAN DI MALAYSIA

Maksud :
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
Keamanan kita sikit2 Allah dah tarik balik... kenapa yer?... ayat quran dalam surah An-Nahl di atas adalah jawapannya...... Mungkin ramai di kalangan kita yang sudah jemu pun mendengar orang mempertikaikan hukuman Islam sehinggalah indeks kadar jenayah menunjukkan peningkatan yang mengejutkan...... Pada entry kali ini admin ingin supaya pembaca 'cakna' (ambil tahu) hal ehwal sekeliling baik dari segi kekeluargaan mahupun jenayah... Hasrat Admin adalah supaya para pembaca blog ini tidak terlalu meluang masa dengan menatap cerita2 artis shj seperti melihat latest news dalam BEAUTIFULNARA dan ROTIKAYA ....
Cubalah para sahabat sekalian meluangkan masa bagi membaca serba sedikit berita jenayah di website Sinarharian dan mendengar talk daripada pengalisis jenayah negara, Kamal Affendi (di MHI pun Kamal Affendi selalu diundang untuk berkongsi ilmu) .... Insyallah, melalui pembacaan seperti ini baru le hati kita semua terbuka untuk memberi ruang kepada pelaksanaan hukum hudud....
Trademark :
' Hanya pencuri dan orang yg sama level dengannya sahaja yang akan tolak hudud ' .
Tak kan la kita nak tengok saje :
- anak menteri tu beli rumah kt awek dia bernilai RM7 juta kot....
- Shafie Apdal bg RM200k kat Zahid Rafik setiap minggu bai.....
- Hutang Tajudin Ramli RM589 dilupuskan.....korang tau x apa mana dilupuskan??? maknanya adalah dpt wang percuma drpd kerajaan
- Hutang Kroni Eric Chia RM 2 Ribu Juta Tolong Bayarkan...
- Hutang Keluarga DS Shahrizat Jalil RM 250 Dihalalkan...yg ni jgn cerita ler.... dia dh menang pula jadi ketua wanita UMNO....
Hutang PTPTN Anak2 Malaysia Yang Berpendapatan Rendah Untuk Belajar Diburu Hingga Ke 'Lubang Cacing'...
sebab tu le seorang pemimpin Yahudi pernah bercakap bahawa umat Islam nie tidak mahu belajar dari sejarah yang lalu dan tidak rajin membaca....
Lihat saja lah bagaimana regim Muammar Ghadafi, Zainal Abidin Bin Ali, Hosni Mubarak digulingkan hanya kerana mereka hidup bermewah-mewahan sedangkan rakyat hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.....
Jangan hanya pandai melaungkan 'wasatiyyah'
saje kerana burung kakak tua pun bleh mengungkapkan kalimah ini jika kita melatihnya ...
Tuesday, October 22, 2013
Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah
![]()
AFPSULTAN HASSANAL BOLKIAH (kanan) berucap pada pembukaan Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan semalam.
|
BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.
Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.
Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.
Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.
"Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan.
Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.
"Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.
Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.
Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.
Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.
Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.
Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.
"Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2iVy7h5Xv
Hakcipta terpelihara
Konflik Syria petanda akhir zaman
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.
Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.
Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.
Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).
Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.
Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?
Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.
Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.
Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.
Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.
Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?
Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.
Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.
Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.
Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?
Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.
Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.
Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”. Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Sunday, October 20, 2013
Saturday, October 19, 2013
Kisah Seorang Pengutip Sampah Menjadi Jutawan Dengan Izin Allah SWT.
Mohamad Azlan Abdullah @Ali baru berusia 26 tahun. Biarpun masih muda, dia menyimpan banyak pengalaman berharga, terutamanya apabila bergelar seorang jutawan pada usia yang masih muda.
Kisahnya juga penuh dengan babak-babak yang mengharukan dan boleh mengesankan jiwa. Ia juga mungkin dapat membantu kita untuk lebih percaya bahawa Pemilik sebenar rezeki adalah Allah SWT semata-mata.
Saya sendiri tidak menyangka pemuda yang sedang duduk di hadapan saya itu seorang jutawan muda. Beliau salah seorang pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki, buku pertama saya yang dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada Mei lalu. Beliau menyatakan hasrat untuk bertemu dengan saya selepas membaca buku itu.
” Apa yang tuan tulis di dalam buku itu seperti menceritakan kisah hidup saya. Benar tuan, hari ini saya yakin untuk mengatakan bahawa menjemput rezeki terbukti lebih mudah daripada mencari rezeki. Alhamdulillah, hampir dua tahun saya gunakan cara ini. Sayaingin kongsikan kisah saya dengan tuan.” tambah Mohamad Azlan.
Kebun Jagung
Segalanya bermula pada Ramadhan 2010. Pada waktu itu, dia bermula dari kosong.
Dia berasal daripada keluarga susah. Keluarganya pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Pada masa itu, dia menjadi seorang pengutip sampah. Ibunya pernah menangis melihat ulat di kocek bajunya.
Dia memohon pada ibunya agar jangan sedih dan selalu doakan kejayaannya. Dia yakin, sebelum diberi nikmat, pastilah dia akan diuji oleh Allah SWT terlebih dahulu.
Semenjak bergelar pelajar lagi dia sudah berusaha mencari nafkah. Dia pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Bachok sewaktu belajar di sana. Dia mengusahakan kebun seluas itu bersendirian.
Apabila kebun jagung itu membuahkan hasil, dia nekad untuk berhenti belajar untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada bisnes kebun jagung. Namun takdir Allah SWT mengubah segala-galanya. Ribut kuat melanda Bachok lalu memusnahkan segala impiannya.
Segalanya musnah sekelip mata. Pada waktu itu, jagung-jagung sudah mula menguning. Dia terduduk. Bukan sekadar harapannya meraih untung hancur berkecai, satu-satunya motosikal buruk yang dimiliknya terpaksa dijual untuk melunaskan hutang menyewa tanah. Selepas itu, dia hanya berjalan kaki.
Dia berada di antara dua pilihan yang berat samada mahu meneruskan kuliah di KIST ataupun sebaliknya. Lalu dia pun memilih keputusan untuk mengorbankan pengajiannya di KIST. Hasilnya, dia dicemuh oleh hampir semua orang yang mengenalinya. Pada masa itu, dia merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan. Dia kehilangan kebun, dia kehilangan kuliah dan tiada kerja. Wang untuk meneruskan kehidupan pun tidak ada.
Pada masa itu, dia merasakan hanya ada Allah SWT di sisinya.Itulah satu-satunya punca harapannya. Dia memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah SWT adalah yang terbaik.
Hari Bersejarah
Mohamad Azlan mendapat ilham untuk menjadi orang tengah/ ejen untuk menguruskan jual-beli tanah bagi sesiapa yang memerlukan. Dengan cara itu, dapatlah dia mendapatkan sedikit komisyen daripada setiap urusan jual-beli yang berjaya dilaksanakan. Dia pun nekad memohon pinjaman RM 50 daripada seseorang. Wang itu digunakan untuk membuat salinan 300 keping risalah untuk pengiklanan. Padahal ketika itu dia tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah.
Benarlah, rezeki itu daripada Allah SWT. Dalam masa tiga jam sahaja, dia berhasil mendapat RM 2,000. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit. Dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja, seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’.
Dia juga hampir-hampir lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak terhingga dan tak disangka-sangka itu. Dia bersyukur kepada Allah SWT yang segera memimpinnya agar kembali ke pangkal jalan untuk segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah SWT dan bukan disebabkan oleh usaha dan kepintarannya.
Amalan Menjemput Rezeki
Dia juga mengakui terdapat beberapa amalan yang membantunya untuk mendapatkan rezeki yang luas. Antaranya, dia mengakui bahawa dia tidak akan memulakan sesuatu kerja selagi belum bersedekah. Alhamdulillah, rezeki datang mencurah-curah sehingga dia dapat meraih Sejuta Ringgit yang pertama dalam tempoh 2 Ramadhan.
Kisahnya, dia mendapat penggilan telefon daripada seseorang yang mahu menjual tanah seluas 5 ekar di Kg. Raja, Besut dengan harga serendah RM 428,000. Mohamad Azlan memecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Urus niaga itu bernilai RM 1.5 juta. Dalam masa setahun itulah, seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.
Apabila dia merenung semula skrip kehidupannya, hatinya segera menjadi insaf. Rezeki besar yang dikurniakan Allah SWT ke atasnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan hidupnya, tetapi untuk dikongsi dengan orang yang memerlukan. Dengan izin Allah, dia berusaha menjaga kebajikan 70 anak yatim dan miskin yang berada di Besut, Pakistan. Kemboja dan Indonesia.
Dia juga berkongsi tips supaya tidak bimbang dalam soal rezeki:
Sebagai hamba, kita berusaha melakukan kerja-kerja yang kita mampu, Selebihnya biarlah Allah lakukan kerja-Nya.
Kisah ini sekadar satu titik kecil daripada rahmat Allah SWT yang melimpah ruah ke atas semua makhluk Nya.
Benarlah, menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari rezeki. Bagaimanakah caranya untuk menjemput rezeki? Iaitu dengan mengutamakan Allah SWT dalam setiap masa dan keadaan.
Oleh:
Fathuri Salehuddin, (Penulis Buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’)
Mula jual kad tambah nilai, akhirnya jadi jutawan muda
![]() |
PERSONALITI
|
KUALA LUMPUR 10 Jun – Dalam dunia korporat tempatan, ramai anak Melayu yang berjaya tetapi kurang yang mahu menonjolkan dirinya termasuklah Datuk Dr. Rusli Zaman.
Malah penulis sendiri tidak mempercayai bahawa anak muda yang berusia di awal 30 tahun ini, telah bergelar Datuk dan merupakan antara hartawan muda yang dikenali di luar negara.
Namun, kejayaan bukan milik semua orang kecuali mereka yang benar-benar mencarinya termasuk Rusli yang kini merupakan Pengerusi Eksekutif bagi Dubaiz Group of Companies, syarikat yang kini bergiat dalam bidang hartanah selepas terlibat dalam kegiatan pengeksportan produk halal ke negara-negara Timur Tengah.
Menyingkap kembali sejarah kejayaannya, Rusli sendiri tidak menyangka perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan sebagai penjual kad nilai tambah untuk telefon bimbit sewaktu zaman remajanya menjadi titik tolak pencapaian yang besar pada hari ini.
Beliau berkata, dengan modal RM50,000 yang dipinjamkan oleh seorang individu tetapi enggan dinamakan, Rusli berjaya menguasai pasaran kad nilai tambah di beberapa daerah di Kelantan kira-kira lebih 10 tahun lalu.
Beliau berkata, dengan keuntungan sebanyak RM1 bagi setiap kad nilai tambah yang dijual, dijadikan modal untuk membuka syarikat kelas F dengan menumpukan projek pengubahsuaian pejabat.
‘‘Biarpun memiliki projek kecil-kecilan ini, saya tetap tidak berpuas hati kerana saya mempunyai impian untuk menjadi orang kaya. Saya suka membaca kehidupan orang kaya dan selalu menganyam impian menjadi orang kaya.
‘‘Segala-galanya kerana kehidupan keluarga saya yang susah. Oleh sebab itu, sejak muda lagi saya selalu berangan untuk memiliki gelaran Datuk seperti ahli perniagaan berjaya di Malaysia,” kata Rusli sambil ketawa.
Beliau berkata bersandarkan semangat mahu menjadi kaya, anak kelahiran Kelantan ini memberanikan diri meminta bantuan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan perniagaan mengeskport produk halal di Timur Tengah.
Rusli berkata, pada usia 26 tahun, beliau telah berjaya menjalankan perniagaan di Abu Dhabi, Jordan, Dubai, Bahrain dan Arab Saudi, meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko dan rintangan.
Beliau yang fasih berbahasa Arab sejak kecil lagi mengakui menjalankan urus niaga dengan bangsa Arab bukan mudah kerana mereka begitu licik dalam membuat sebarang perhitungan untuk mengaut keuntungan besar.
Namun, Rusli juga mengakui berniaga dengan orang Arab yang mencabar mendorong beliau mengintai peluang dalam perniagaan hartanah di negara sendiri dengan menjadi projek perumahan di Kelantan dan Selangor sebagai pertaruhan pertamanya.
‘‘Di Kelantan, Dubaiz terlibat dalam pembinaan projek banglo di Kuala Krai dan di Selangor pula di Paya Jaras,” ujarnya.
Rusli terus melebarkan langkahnya dalam projek hartanah dengan menjadikan projek pembangunan Bistari di Jasin, Melaka untuk mengukuhkan nama Dubaiz Group of Companies dalam sektor hartanah negara.
‘‘Projek pembangunan ala Putrajaya ini akan menjadi pemangkin kepada Dubaiz untuk berada di sebaris dengan nama-nama syarikat hartanah milik bumiputera,” katanya.
Sambil mengakui mengagumi dengan keupayaan Tan Sri Mustapha Kamal, pemilik MK Land Holdings Bhd., Rusli percaya syarikatnya mampu mencipta kejayaan seperti syarikat-syarikat hartanah yang lain.
Ditanya apakah kelebihan memegang status ‘orang kaya’ dan gelaran ‘Datuk’ pada usia muda, Rusli berkata, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka berjaya mampu menempuh perjalanan yang sukar untuk berada di tahap sekarang.
Meskipun mampu merealisasi semua impian tetapi Rusli mengakui beliau kehilangan keindahan menempuh zaman remaja seperti orang lain kerana terlalu sibuk mengejar impian.
‘‘Walaupun terkilan sedikit, saya masih berbangga kerana berjaya mengubah diri sendiri dari zero to hero,” kata beliau lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm#ixzz2iETWCWZL
© Utusan Melayu (M) Bhd
AKU INGIN JADI MACAM DIA
Assalammualaikum wbt.
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi dapat saya coretkan satu lagi kisah yang buat saya rasa semangat untuk terus bermujahadah.Saya pun tak tahu la,kenapa Allah ketemukan saya dengan hamba-hambaNya yang tinggi mujahadahnya.Hanya Allah saja yang arif.
Semasa saya dalam perjalanan dari Aiport Pengkalan Chepa ke KLIA dan seterusnya ke Cairo,Allah temukan saya dengan seorang pemuda ,umur dalam lingkungan 30an,berkot,dan berkaca mata hitam.
Kisah ini bermula apabila pemuda ini menegur saya dengan menawarkan saya guava juice dalam flight.Kemudian dia bertanya kepada saya,”nak ke Dubai ke?” kemudian saya jawab,”takla,saya nak ke Cairo”..kemudian dia cakap lagi,”oooh,ingatkan nak ke Dubai sebab saya tengok tag Fly Emirates kt bag laptop kamu dan kamu bulu berbauk cam arab”.Tiba-tiba saya gelak..Kemudian saya tanya dia lagi,”siapa nama encik?”..then dia jwb,”nama saya Rusliey”...Kmudian saya perkenalkan diri saya,”Saya Hawariy”..Dia tanya lagi,”Buat pe k Cairo”?,saya jawab”saya study lagi,ada lbih krg 1tahun lagi”..Dia tanya saya lagi”amik kos apa”,saya jawab.”tahfiz dan Qiraat..”Dia cakap,”Hebat,saya memang respect budak hafiz ni.”
Masa kitorang tengah berborak,tiba-tiba datang la seorang stewardess,stewardess tu panggil pemuda tadi dengan gelaran Dato’..Saya rasa cam pelik je sebab pemuda tadi memang muda untuk dapat gelaran dato,dalam hati saya berbisik”Dato’ beli kot”.Lepas stewardess tu beredar,saya rasa cam tak puas hati,lalu saya tanya pemuda tadi lagi,”Encik kerja apa ye?”..then dia jwb”saya wat bisnes sendiri”..Saya tanya dia lagi,”bisnes apa?”….then dia jwb,”saya ada shipping n construction companies”..saya rasa cam takjub sekejap sebab dengan umur yang muda mcm tu,pemuda tadi dapat membina empayar perniagaan sendiri..”Hebat”,bisik hati saya..saya tanya dia lagi,”encik warisi perniagaan daripada family ke?”..dia cakap,”tak,saya bermula from zero to hero”..kalau sahabat-sahabat nak tau,quote “from zero to hero tu saya amik daripada dato’ tadi..Dia cakap,ayah dia seorang inspektor polis dan dan harta yang ditinggalakan oelh ayahnya jatuh semuanya kepada mak tiri dia..Dia cakap kt keluarga dia,”takpela,nanti aku akan buktikan kt kamu semua yang aku boleh berjaya nanti”..
Then saya cakap kt pemuda tadi,”maaf,saya taktau encik adalah Dato Seri”..kemudian saya tanya dato’,”camna dato’ dapat gelaran dato seri dengan umur sebegini muda?” then dia cakap,”saya dapat gelaran ni daripada Kerajaan Malaysia sebab saya cipta 1 formula untuk ekonomi”..then saya cakap kt dato tuh,”wow,hebat” .then dato’ tu bagitau kt saya yang dia masuk dalam magazine sebab dia adalah antara bisneman yg paling muda di Asia..then saya ckp,”fuhhh,habat sgt dato”.dia cakap,semua ni rezeki daripada Allah”.then dato tuh cakap kt saya,kita hidup ini kita kena jihad,jihad nafsu,jihad diri,jihad ekonomi dan lain.Dato tu cakap,cuba kita tengok bangsa yang berjaya,diorg conquer ekonomi,contohnya cam Israel.Ekonomi mereka kukuh.Dalam gerakan Islam plak,try kita lihat Al-Arqam,dorg ada,Rufaqa’…
Kmudian dato tuh tanya saya,”kamu dah habis hafaz 30juz quran la nih ek?”..then saya cakap,”Alhamdulillah”..then dia ckp kt saya,”dulupun saya hafaz jugak quran tapi saya hafal surah-surah pilihan je”..then dia cakap,”nanti mayat kamu x kena makan kt kubur la” then sya ckp,”xjugak,kalu x beramal,kena makan juga nanti”..then dia cakap,”ramai org non muslim kaji quran skrg,antaranya yang terbaru saintis baru jumpa kenapa perempuan xdtg period semasa pregnant” then dato tanya saya,”kamu tau kenapa” saya jwb,”taktau dato”.dato tuh ckp,sperm nih sbrnye lintah,lintah kan hisap darah kita,sperm akan bercantum ke ovum kmudian dia isap darah kt ovum tuh..wallahu’alam..kemudian dato tuh cakap kat saya,”kamu kena study sungguh2,kmudian kaji quran”..saya jwb,”insyaAllah..Ada senior saya cakap,kalau sambung tanta,ada subjek Sains dalam Quran..saya rasa cam berminat nak sambung kt Tanta..insyaAllah biiznillah…
Sebelum flight mendarat di KLIA,dato sempat pesan kat saya,”Saya nak pesan 1 je,kamu hidup ni,kamu jangan tipu orang,nanti hidup kamu akan susah ,kamu ingatla pesan saya ni then bila kamu dah dewasa nanti,kamu akan terfikir balik apa yang saya cakap ni”..saya sempat minta bisnes kad daripada dato tu.hehe..Baru 2-3 hari lepas dato tu reply emel saya,sempat lagi dia bergurau dengan saya,”kawinla dengan arab”..haha….saya cakap dia,”saya mahu stdy dlu”..
Saya rasa setakat ini saja yang dapat saya share ngn sahabt semue..
Wassalam~~
SILA LIHAT PROJEK YANG SYARIKAT NI NAK BUAT : KLIK
PENIAGA MUDA INI ADALAH Datuk Seri Dr. Rusli Zaman
JOM BACA BUKU DI PERPUSTAKAAN ONLINE !!!
Link2 berguna utk sahabat2 download buku/kutub :
- http://www.saaid.net/
- http://www.waqfeya.com/
- http://www.al-eman.com/
- http://www.sultan.org/
- http://www.almaktba.com/
- http://www.azahera.net/
- http://
www.alassad-library.gov.sy/ - http://www.almeshkat.net/
- http://www.aljlees.com/
- http://www.azzambooks.4t.com/
- http://www.kutub.info/library/
- http://www.shamela.ws/
- http://www.mktaba.org/
- http://www.alwaraq.net/
- elibrary.mediu.edu.my
- www.al-mostafa.com/
SELAMAT MENDOWNLOAD DAN MURAJAAH
Sheikh Sudais - Kaba Wash 2013 10th June [1st Shabaan 1434]
AMALAN MEMBERSIHKAN BAHAGIAN KAABAH MERUPAKAN AMALAN TRADISI YANG DIAMALKAN OLEH KETURUNAN YANG DIAMANAHKAN UNTUK MEMEGANG KUNCI KAABAH IAITU BANI SHAIBA ....
Admin akan menceritakan secara terperinci tentang sejarah pembinaan Kaabah selepas Zaman Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dalam entry yg lain........ memang sangat menarik kerana ia meliputi peristiwa berikut :
- Pembunuhan sahabat Nabi iaitu Abdullah B Zubair oleh panglima perang, Hajjaj B Yusuf As-Saqofi.
- Hajar Al-Aswad dicuri selama lebih 10 tahun dan disimpan di Iraq
- Bani Saud menguasai seluruh semenanjung Arab.
Hajj 2013 | Makkah Iftar 9th Dul Hijjah 1434-2013
SUASANA BERBUKA PUASA ARAFAH DI MASJID AL-HARAM.......
TERPEGUN DENGAN KEINDAHAN ISLAM

Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.
Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid Ibn Al-Walid yang digelar Pedang Allah berlawan satu lawan satu dengannya. Cabaran itu disahut oleh Khalid Ibn Al-Walid tanpa gentar. Dan ketika mereka berhenti rehat seketika setelah keletihan maka terjadilah dialog soal jawab antara mereka berdua:
Gergorius : Aku mahu bertanya sesuatu kepada kamu....!
Khalid Ibn Al-Walid : Silakan...
Gergorius : Benarkah kamu ini mendapat gelaran Pedang Allah...?
Khalid Ibn Al-Walid : Ya... benar..!
Gergorius : Benarkah Tuhan kamu turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada kamu...?
Khalid Ibn Al-Walid : Itu tidak benar...!
Gergorius : Jika begitu mengapa kamu digelar Pedang Allah...?
Khalid Ibn Al-Walid : Tuhanku mengutus seorang Nabi dikalangan kami. Pada mulanya, aku juga menentang kenabian Muhammad, tetapi kemudian aku mendapat petunjuk daripada Tuhanku lalu aku ini menjadi penyokong setia beliau. Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata kepada ku bahawa aku ini adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Allah yang terhunus kepada kaum kafir musyrik.
Baginda berdoa kepada Tuhanku supaya aku menang dalam peperangan menegakkan agamanya. Kemudian aku diberi gelaran Pedang Allah. Sejak itu aku bersikap keras terhadap mereka-mereka yang menentang Islam.
Gergorius : Apa yang engkau seru kepada manusia semasa menjalankan tugasmu...?
Khalid Ibn Al-Walid : Aku menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan engkau dan memilih tawaran menerima agama islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan kalian...?
Khalid Ibn Al-Walid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya...
Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama engkau pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan engkau...?
Khalid Ibn Al-Walid : Mereka itu lebih mulia daripada kami...
Gergorius : Mengapa engkau berkata begitu...?
Khalid Ibn Al-Walid : Kami hidup pada zaman Nabi dan dapat melihat mukjizat baginda. Kami juga menyaksikan sendiri keajaibannya. Ada pun orang yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat keajaiban baginda, namun mereka tetap menerima agama islam dengan jujur dan ikhlas, maka mereka itu lebih mulia dari kami ini...
Gergorius : Demi Tuhan...! aku menyahut seruan engkau Khalid Ibn Al-Walid...! Aku mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...!
Khalid Ibn Al-Walid terkejut bercampur gembira. Muka mereka berseri-seri bercahaya. Mereka terus bersalam berpeluk-pelukan. Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata di medan pertempuran dan kedua-dua belah pasukan tentera tercengang saling berpandangan diantara mereka. Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.
Alhamdulilah... Allahu Akbar...!
Thursday, October 17, 2013
Syaikh Muhammad Ali As -Shobuni

Ulama Syam - Syria
Syaikh Muhammad Ali As -Shabuni , sesudah menyelesaikan penulisan bukunya "Syarah hadits Bukhari , Muslim , At- Tirmidzi , An- Nasa'i dan Abu Daud" kini beliau menyelesaikan bukunya "Shahah ibn Majah".
Semoga Allah merahmati Ahlul Hadits, memberikan kesihatan kepada Ulama yang mengabdikan dirinya untuk "Al-Quran dan Sunnah", semoga As -Syaikh Muhammad Ali As -Shabuni keberkatan Allah dan pertolongan- Nya dapat terus menyelesaikan karya- karya ilmiahnya yang dibuat dengan kaedah ringkas, mudah difahami dan menarik seperti karya- karya beliau sebelumnya yang ditulis dengan calar - calar tinta kesabaran dan ilmu-ilmu beliau yang luas.
Subscribe to:
Posts (Atom)