Wednesday, October 16, 2013

Tempah 14, tiba seekor..... { APABILA AMANAH HILANG DI KALANGAN MANUSIA }


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Gara-gara pembekal gagal menghantar lembu pada masa yang ditetapkan, majlis ibadah korban yang sepatutnya berlangsung di sebuah surau di kawasan Pantai Dalam di sini, semalam tergendala.
Difahamkan, 13 lembu berkenaan sepatutnya tiba Isnin lalu dari Sungai Merab namun pembekal memberi pelbagai alasan termasuk mengalami masalah pengangkutan dan berjanji untuk menghantarnya pada pagi raya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mereka menempah lembu itu sejak beberapa bulan lalu dan 14 lembu ditempah termasuk seekor untuk majlis akikah.
“Kami dimaklumkan semua lembu itu tiba pada Isnin, malangnya pembekal gagal menepati janji. Apabila kami menghubungi pembekal berkenaan, dia berjanji lembu tiba pagi tadi (semalam).

“Malangnya, hanya seekor yang tiba manakala 13 lagi didakwa tidak dapat dihantar kerana masalah pengangkutan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pembekal itu kemudian gagal dihubungi menyebabkan penduduk bergegas ke ladang milik pembekal berkenaan.
Katanya, pembekal itu yang terkejut dengan kehadiran penduduk di ladangnya berjanji membayar wang pampasan RM30,000 kepada penduduk.

“Bagaimanapun, penduduk enggan dan memberi kata dua kepada pembekal untuk menyediakan lembu dan bukannya wang tunai kerana majlis dirancang.
“Pembekal itu yang terpaksa akur dengan permintaan penduduk berjanji mencari lembu di kawasan lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment