Tuesday, October 15, 2013

KEBIMBANGAN YAHUDI TERHADAPA BANGSA SYAM






Perdana Menteri Gaza Menyeru Pelarian Palestin Pulang ke Gaza 

*****
Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyah menyeru semua anak bangsa Palestin yang menjadi pelarian sama ada di Syria, Mesir mahupun seluruh dunia untuk kembali ke Gaza dalam usaha memperkukuh kekuatan antara semua rakyat Palestin menghadapi kekejaman Israel.

Ucapannya selepas solat sunat Eidul Adha semalam menambah, "Jika bumi ini terasa sempit untuk anda semua, maka, Gaza akan menjadi tempat yang lapang walaupun dikepung."

Katanya lagi, "Oleh kerana itu, atas nama keluarga dan saudara-mara anda di Gaza, saya menyeru semua anak bangsa Palestin yang mengharungi lautan untuk mencari tempat meneruskan kehidupan, kembalilah ke Gaza, tempat bernaung kalian. Gaza adalah sebahagian dari tanah Palestin yang diberkati."

Ismail mengatakan lagi, "Pesanan hari ini adalah pesanan harapan, optimis dan keyakinan bahawa bangsa ini akan menang dan mereka akan pulang ke tanah air mereka sendiri tidak lama lagi. Pesanan ini juga adalah pesanan cinta, kesucian, persaudaraan dan penyatuan antara anak bangsa Palestin seluruhnya, juga penyatuan antara bangsa Arab dan Umat Islam sedunia."

*****
Moga Allah memberkati perjuangan suci rakyat Palestin yang terus berusaha membela Tanah Palestin yang dijajah.

Sumber : infopalestina / Aqsa Syarif


KOMEN ADMIN :

'walaupun israel mempunyai kelengkapan persenjataan yg tercanggih di dunia, tetapi mereka sama sekali tidak boleh melennyap umat islam Palestin yang serba daif.... kenapa ini berlaku????

cuba kita gaya hidup umat islam palestin....pasti kita akn temui jawapannya...

Jawapannya adalah berpegang dan beramal segala isi AL-QURAN dlm kehidupan seharian mereka'.. 

No comments:

Post a Comment