Friday, September 6, 2013

FAQ : IKHTILAT










Ikhtilat tu apa? Bila ikhwah gabung dengan akhawat ke? IKHwah Team wIth Le akhawAT?

Tersembur kuah kari. Bukan. Ikhtilat tu adalah pergaulan. Dari sudut syara' ia merujuk kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

Asal perkataan ikhtilat dari sudut bahasa adalah bercampur. Dari segi syara' ia membawa makna percampuran/pergaulan antara lelaki dan perempuan. 


Ok. Apa hukum ikhtilat antara lelaki dan perempuan? 

Bergantung. Ada yang haram. Ada yang harus. Ada yang halal malah diwajibkan. 

Contoh; haram kalau berhubungan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi dan tiada urusan yang perlu/mendesak untuk melakukan perhubungan itu. Apatah lagi andai ia tanpa batasan dan bermesra-mesra bertepuk-tampar gituh. Penampar nak? Eh.

Harus pula dalam urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan seperti doktor dengan pesakitnya, urusan jual-beli, cikgu dengan anak muridnya dan yang seangkatan dengannya.

Halal malah diwajibkan pula adalah dalam situasi yang benar-benar mendesak seperti mahu melindungi seorang wanita yang dikhuatiri terancam keselamatannya. Macam ada seorang makcik kena copet dan nak terjatuh dan ketika itu anda cepat-cepat pergi menyambutnya. Takkanlah anda nak biarkan nak berkata, "Uish, ikhtilat!"

Peluh besar.



Uhm. Ada dalil syari'e ke pasal kena jaga ikhtilat ni..? Ke anda memandai je Inche gabbana..?
Banyaaaakk. 

"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk."
[al-Israa, 17:32]

Dalam ayat ni  Allah tak pula berfirman, "Janganlah kamu berzina," tapi Allah berfirman"Janganlah kamu MENDEKATI zina.." Maknanya kita sebagai manusia kena berusaha bersungguh-sungguh menjauhi unsur-unsur yang boleh mendekatkan kita dengan zina, dan hal ini termasuklah dengan kita menjaga pergaulan kita dengan mereka yang berlainan jantina.

Dalam surah al-Ahzab, Allah berfirman,

"...Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka."
[al-Ahzab, 33:53]

Bayangkan, isteri-isteri Nabi yang digelar Ummahatul Mu'minin (Para ibu orang mu'min), yang dijanjikan sorga dan darjat tinggi untuk mereka itu pon, jika ada urusan dengan kaum lelaki hendaklah dibuat di belakang tabir, apatah lagi untuk wanita-wanita biasa di luar sana? Mestilah kena lagi jaga kan..? 

Dan kalau tiada dalil syari'e sekalipon, saya yang tak pandai sangat ni pon boleh fikir mengapa Islam benar-benar menjaga ikhtilat ni. Anda suka tengok adik perempuan anda bermesra dengan budak-budak lelaki tanpa batas dan sempadan? Atau mak anda bertepuk-tampar dengan bhai jual roti? Tak kan..? Dah tu..?



Ok sentap. Tapi kalau di alam maya..? Ada ikhtilat jugakah?

Ofkos! Malah di alam maya, lagi lah kita kena jaga dan lebih berhati-hati. Sebab syaitan pon ada akaun MukaBukunya sendiri. Iblis pon ada akaun Pengicaunya juga. Jarum-jarum mereka di alam maya lebih halus dan merbahaya. 

Tak perlulah buat emotikon comel dan manja-manja apabila berbalas dinding dengan mereka yang berlainan jantina. Lebih baik, jangan dinding langsung! 

Apatah lagi anda di luar sana yang bergelar selebriti alam maya, ohoi, lagi lah kena jaga! Komen-komen gedik usah dibalas. Komen tak gedik pon, kalau tak perlu untuk dibalas, tak usahlah cari fasal. Tak perlulah muat naik gambar-gambar anda yang comel dan hensem itu. Untuk apa? Jika hati anda tidak bermasalah, boleh jadi anda akan membuatkan hati-hati orang lain bermasalah! 

Gunakan alam maya untuk berdakwah, bukan untuk cari dan buat masalah!



Tapi nanti kalau orang kata kita sombong macam mana..?

Ohh orang kata sombong takut..? Allah marah, tak takut..?





Err, ok. Lap peluh. Apa lagi yang tak boleh buat dalam perkara ikhtilat ni?

Khas untuk lelaki, mereka dituntuk untuk menundukkan pandangan. Walaupon anjuran yang sama ditujukan juga kepada kaum wanita, namun prioritinya adalah pada kaum lelaki. Kerana, err, fisiologi lelaki ni berbeza sikit. Syahwatnya amat mudah terangsang hanya dengan memandang dan melihat. Meskipon di hadapannya adalah seorang ukht yang bertudung labuh hingga ke kaki.

Dan khas untuk perempuan, tolonglah jangan nak bermanja-manja, sengaja bersuara halus dan menggoda, menggedik, tulis 'xoxoxo' atau '^_^V'  atau '~.~' dan lain-lain dalam waksep dan sebagainya. Semua ini amat mudah menggegar iman seorang lelaki. 

Biarlah anda digelar akhawat garang atau akhawat brutal sekalipon. Syadid dalam hal ikhtilah ini jauh lebih baik daripada meringan-ringankannya. 

Dan tolong, baik lelaki atau perempuan, tolonglah jangan muat naik gambar-gambar yang tidak perlu, tidak senonoh, manja-manja gedik-gedik, nampak bulu dada, bulu ketiak dan sebagainya dalam akaun media sosial anda. Tolonglah simpan untuk kegunaan peribadi. 




Tapi Inche gabbana, kalau ikhwah dan akhawat pon nak kena jaga ikhtilat ke..? Diorang ni bukan ke dah qawiyy?

Aik, ikhwah dan akhawat tu bukan manusia kah..?

Ikhwah dan akhawat, yakni mereka yang menggelarkan diri mereka tu seorang dai'e, lagi lah kena jaga. Pertamanya, adalah kerana mereka itu qudwah kepada masyarakat di sekeliling mereka. Setiap perilaku dan perbuatan mereka sentiasa diperhatikan. Percakapan dan tingkahlaku mereka adalah fatwa kepada orang lain untuk berbuat perkara yang sama! 

Keduanya, ikhtilat adalah sebahagian daripada ujian dan cubaan yang pasti akan dilalui oleh seorang dai'e. Ketika inilah, mujadahnya akan diuji. Ketika inilah, kefahaman tarbiyah dan fikrahnya akan digoncang sehingga dia goyang dan hampir rebah.

Kerana itu lebih baik menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah yang boleh mendatangkan fitnah, apatah lagi apabila kita tahu yang kita tidak cukup kuat untuk menghadapinya.

Seqawiyy mana pon seorang al-akh itu, akhirnya dia tetap seorang lelaki. Dan betapa syadidnya seorang ukht itu, akhirnya dia tetap seorang perempuan. 





Jadi apa solusinya untuk menjaga diri daripada ikhtilat yang tidak syari'e ni Inche gabbana?

Pertama dan yang paling utama, mujahadah diri untuk mengelakkan diri daripada ikhtilat yang tidak perlu. Dengan kata lain, jauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah yang mendekati zina, yang akan mendatangkan fitnah. Jika nak bermesyuarat contohnya, jika tidak perlu berjumpa, maka jangan berjumpa. Cukuplah sekadar bermesyuarat di atas talian. Itu pon kena ramai-ramai, tidak boleh berdua. Jika terpaksa berjumpa sekalipon, pastikan berteman dan ada jarak atau tirai yang memisahkan.

Kedua, sibukkan diri dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, agar tidak punya masa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Bukankah masa lapang seorang dai'e itu adalah permulaan kefuturan buat dirinya?

Ketiga, sekiranya memang dah tak boleh tahan nafsu dah, sampai tahap kronik, hukumnya wajib untuk anda kahwin. Kalau atas sebab-sebab tertentu anda tak mampu nak berkahwin, ha, silakan berpuasa.

"Wahai pemuda, siapa dalam kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Ini kerana berkahwin boleh menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa. Ini kerana puasa itu adalah perisai."

[Hadith riwayat Bukhari]




Tapi nanti kalau tak kahwin macam mana..? Bukan ke kena kenal seseorang tu baru boleh nak kahwin..?

*Jegil mata*

Kbai. Tapi.. Macam mana nak tahu apa yang kita buat tu boleh atau tidak..? Menjaga ikhtilat atau tidak?


Apa kayu ukurnya? Tanya diri anda, kalau anda balas waksep si ikhwah bergaya, adakah ia bermanfaat untuk dakwah? Jika anda menjawab panggilan daripada si ukht pesona, adakah ia membawa faedah untuk ummah? Kalau anda memuat naik gambar-gambar bajet comel anda itu, adakah ia menjurus kepada ibadah atau jahiliyyah? Sekiranya anda terkulat-kulat dan terpaksa perah otak untuk menjawab soalan-soalan di atas ini, lebih baik anda tinggalkan sahaja. 



Syadid gila ah Inche gabbana ni.  

Apa? Boleh ulang? Saya tak berapa nak dengar.



Err takde apa-apa. Uhm Inche gabbana ada pesanan yang terakhir?

Jagalah akhlak dan perilaku anda. Lelaki baik untuk perempuan yang baik. Sebaliknya, lelaki keji untuk perempuan yang keji. Itu janji Allah.

Jatuh chenta dengan Allah dahulu. Cari dan kejar redhaNya. InshaAllah, Dia akan ketemukan kita dengan chenta hakiki yang sejati. Kalau bukan di dunia ni sekalipon, InshaAllah di sorga sana. Senyum. 

Tapi ofkoslah kena berusaha. Borang kena isi juga. Eh.



Eh kejap Inche gabbana. Soalan terakhir mungkin. Err anda bila nak kahwin..? Lariiiii.

Jatuh kerusi. Oi!

-gabbana-

InshaAllah akan bermusafir malam ni. Doakan agar perjalanan saya diberkati dan dipermudahkanNya. Tak sabarnya nak jumpa al-akh kimia terchenta!

No comments:

Post a Comment