Saturday, September 21, 2013

Israel akan di’delete’kan daripada muka bumi


Delete Israel Israel akan dideletekan daripada muka bumi
Di sana kelihatan semakin banyak petanda betapa negara haram Israel akan ter’delete’ atau lebih tepat di’delete’kan daripada muka bumi ini.
1-Di sana jelas kelihatan kebangkitan generasi demi generasi di kalangan rakyat Palestinyang terus istiqamah dengan perjuangan ini demi pembebasan al-Quds dan bumi Palestinyang berkat ini
2-Rakyat Palestin terus menerima sokongan yang kuat daripada umat Islam sedunia dan juga pecinta keamanan di kalangan dunia antarabangsa.
3-Kejatuhan regim diktator Presiden Hosni Mubarak dan kebangiktan rakyat Mesir yang umumnya menyokong serta mendokong aspirasi perjuangan pembebasan ini tentunya merupakan tamparan besar kepada Israel yang semakin tersepit.
4-Kebangkitan semula Turki sebagai kuasa baru di wilayah Mediteranean ini amat menggerunkan Israel. Apatah lagi dengan sokongan terbuka pimpinan kerajaan Turki terhadap rakyat palestin dan perjuangannya.
5-Dari masa ke semasa berlaku perbagai rundingan persepakatan di antara fraksi-fraksi utama perjuangan pembebasan rakyat Palestin bersepakat untuk bersama demi mendepani regim Israel yang sombong itu.
6-Kekuatan bom demografi Palestin dengan statistik jumlah kelahiran yang jauh lebih tinggi telah mengatasi kelahiran baru generasi penjajah Zionis Israel pastinya akan memberikan kesan yang besar terhadap polar kependudukan bumi rebutan ini.
7-Kebangkitan rakyat Syria dan bakal kejatuhan regim Bashar al-Asad yang merupakan sekutu kuat Israel. Pembebasan Syria dan kemenangan Islam di sana bererti semakin pendeklah riwayat hidup negara Zionis yang selama ini dinaungi oleh kerajaan-kerajaan diktator negara-negara Arab.
8-Kekalahan demi kekalahan di dalam serangan ketenteraan Israel ketika berhadapan dengan rakyat Palestin yang didokongi oleh Hamas dan Briged al Qassam membuktikan satu demi satu kelemahan dan kebobrokan sistem ketenteraan mereka. Serangan ke atas Gaza pada 2008-2009 telah memaksa mereka menggesa gencatan senjata selepas menyerang selama 22 hari, manakala serangan ke atas Gaza pada Disember 2012 telah memaksa mereka mendapatkan gencatan senjata ‘hanya setelah’ 8 hari memuntahkan serangan ketenteraan.
9-Kelihatan semakin banyak bukti berlakunya perpecahan dalaman regim Zionis Israel dan rakyatnya pula semakin tertekan dengan hilang rasa selamat untuk terus tinggal di wilayah jajahan Israel ini. Lebih daripada 700,000 orang yahudi pemegang pasport Israel telah meninggalkan wilayah ini sejak Intifadah al Aqsa 2000 sehingga tahun 2007 membuktikan ketakutan mereka yang tidak boleh dibendung lagi..
10-Kerajaan zionis Israel semakin kehilangan sokongan dan dokongan daripada golongan generasi mudanya yang tidak berminat untuk berkorban terhadap agenda ‘Israel Raya’ ini.
Ini hanyalah sebahagian daripada petanda-petanda bahawa al-Aqsa dan Palestin akan kita miliki kembali dan projek Zionis akan menemui saat ajalnya sedikit masa nanti….
Ramai tokoh pejuang dan para ulama yang telah mengeluarkan kenyataan dengan penuh keyakinan bahawa generasi muda hari ini akan menyaksikan pembukaan al-Aqsa dan Baitul Maqdis buat kali ketiganya dengan izinNya insya Allah.
Negara haram Israel ini dijangka akan lenyap sebelum atau menjelang tahun 2027. Kenapa 2027…? Semoga kita berpeluang untuk membahaskan di lain kesempatan.
Jom, mari kita berganding bahu bersama membuat persiapan bagi menyumbang ke arah kemenangan ini…

No comments:

Post a Comment