Monday, September 9, 2013

Tak Hensem Yang Mulia - Ustaz Shamsuri




Gugurnya Sebagai Syuhada..

Julaibib satu nama yg begitu asing di kalangan sahabat Nabi. Beliau tidak begitu dikenali berbanding dengan nama-nama besar yang lai
n di kalangan para sahabat Rasulullah saw. Dilahirkan ke dunia tanpa mengetahui siapa ibu dan bapanya. Hidupnya seolah-olah tidak bernasab. Bertubuh kerdil, berwajah buruk,berkulit hitam, pakaiannya lusuh dan kakinya pecah-pecah kerana tak beralas.

Hidupnya tersisih, tidak ada rumah untuk berteduh,tidurnya berbantalkan lengan sehinggakan Abu Barzah pemimpin Bani Aslam pernah berkata "Jangan sesiapa yg membenarkan Julaibib duduk bersama-sama kamu..demi Allah aku akan menyakiti dirinya"

Allah memberikan hidayah Islam padanya. Julaibib sentiasa berada di soff paling hadapan ketika solat dan jihad biarpun para sahabat yg lain tidak menyedari akan kehadirannya. Namun Rasulullah saw sentiasa menegurnya.

Rumahnya hanyalah suffah (serambi) Masjid Nabawi di Madinah. Suatu hari Nabi menegurnya dgn suara yg lembut. 'wahai Julaibib.. adakah tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga..?"Siapakah yg mahu bersuamikan diriku ini dan mahu menikahkan putrinya dengan manusia hina spt diriku ini..." Jawab Julaibib.

Rasulullah tersenyum dan berlalu pergi. Besoknya Nabi mengulangi pertanyaan yg sama dan Julaibib juga menjawab dgn jawapan yang sama. Sehinggalah pada hari ketiga Rasulullah saw memanggil Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Ansor. Lalu Rasulullah menjelaskan tentang kedatangannya untuk meminang puterinya.

Alangkah gembiranya pemimpin Ansor tersebut yg beranggapan bahawa Rasulullah ingin mengahwini putrinya tetapi apabila Nabi menjelaskan bahawa ia datang untuk meminang bagi pihak Julaibib.

Berubah air muka pemimpin Ansor tersebut dan mencari alasan untuk menolak pinangan Rasulullah kerana baginya Julaibib tidak layak untuk putrinya. Isterinya sendiri mengeluarkan kata-kata apakah pemuda yang tidak bernasab tidak berharta dan berwajah buruk sepadan dengan puterinya yang cantik jelita.

Allah mencampakkan cahaya dalam hati si anak yang tiba-tiba meluru keluar dengan tegasnya menyatakan. "Demi Allah...aku bersedia menerima Julaibib sebagai suamiku kerana ini adalah pilihan Rasulullah. Apakah layak bagi kita untuk menolak sesuatu yg datang dari Rasulullah sendiri?

Mendengar pengakuan itu Rasulullah saw terus berdoa "ya Allah limpahkanlah kebaikan dan keberkatan dalam hidup anak gadis yg solehah ini.."

Perkahwinan diatur, Berbahagialah Julaibib hanya satu malam,namun pada awal paginya gendang perang dipalu. Bingkas Julaibib bangun dan berpesan pada isteri yg dikasihi bahawa ia akan pergi berjihad dan doakanlah pemergiannya. Isterinya melepaskan Julaibib dgn penuh redha suami yg baru dikahwininya.

Di medan perang Rasulullah sendiri melihat Julaibib menghayun pedang, gemerincing mata pedang dihayun membunuh musuh. Akhirnya nabi tidak lagi melihat kelibat Julaibib. Selesai peperangan Nabi bertanya pada para sahabat apakah kamu kehilangan sesuatu..? Tidak Ya Rasulullah" Jawab Para Sahabat. Nabi bertanya lagi "Adakah kamu tidak terasa kehilangan sesuatu...? Para sahabat terus menjawab "tidak Ya Nabi Allah"

Lalu dgn tegasnya Rasulullah bersabda 'Aku kehilangan Julaibib pemuda yg kamu tak kenali,dipandang rendah tetapi amat mulia di sisi Allah. Carilah ia sama ada hidup atau syahid..."

Benarlah janji Allah, Julaibib gugur syahid, di kelilingnya musuh bergelimpangan. wajahnya dipenuhi luka. Rasulullah berpaling mengadap para sahabat dan menyatakan sesungguhnya Julaibib adalah sebahagian dari diriku dan aku adalah sebahagian daripadanya. Air mata Rasulullah saw menitis melihat jenazah yg begitu mulia pada sisi Allah swt.

Bayangkan kehidupan kita. memiliki isteri yg cantik. Sanggupkah kita tinggalkan isteri kita untuk pergi berjihad. Kalau boleh 24 jam kita nak bersama isteri begitulah sebaliknya. Kita tak mahu siapapun mengganggu kebahagian kita dalam tempoh berbulan madu. Alangkah lemahnya iman kita berbanding dengan para sahabat Rasulullah saw.

No comments:

Post a Comment