Salah Seorang ulama Sufi yg terkemuka iaitu Ibrahim bin Adham yg hidup pada abad kelapan, pernah memberikan huraian tentang sebab-sebab doa seseorang tidak diperkenankan Allah. Tatakala berkunjung keBasrah, beliau menerima pertanyaan dari sebahagian penduduk:-
"Kenapakah nasib kami masih belum berubah, pada hal kami selalu berdoa, sedangkan Allah menjanjikan dalam Al-Quran akan memperkenankan doa setiap orang yg bermohon?"
Ibrahim bin Adham memberi jawapan bahawa sebab-sebabnya ada 10 macam,iaitu:-
Pertama - "Kamu tidak menunaikan hak-hak Allah. Kamu kenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-haknya. Hak Allah SWT yg paling utama ialah untuk disembah. Setiap orang wajib mensyukuri nikmat yg dilimpahkan Allah kepadanya dengan jalan menyembahnya dengan sebenar-benarnya erti ibadah. Bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doa seseorang hamba kalau Tuhan mengatakan supaya dia berjalan ke kanan tapi masih ditempuhinya jalan kiri"
Kedua - "Kamu tidak mengamalkan isi Al-Quran. Kamu sentiasa membaca Al-Quran tapi tidak kamu amalkan isinya. Kitab suci Al-Quran sentiasa dibaca, dilagukan dengan bermacam-macam lagu tetapi isinya tidak dipelajari dan dihayati. Kalau pun ada satu dua ayat yang dapat difahamkan tidak pula diamalkan bahkan kadang-kadang sengaja dilanggar"
Ketiga - "Kamu tidak mengamalkan Sunah Rasulullah SAW. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah SAW tapi kamu tinggalkan Sunuhnya. Rasulullah SAW menunjukkan jalan yg lurus tapi tidak sedikit manusia yg memilih jalan yg lurus. kadang-kadang ada juga yg mengatakan mengikut Sunah Rasulullah SAW tapi apa yg dikerjakannya itu bertentangan dengan apa yang dilakukan atau digariskan oleh Rasulullah SAW, masih lagi mengikut perkara-perkara khurafat yg bukan dari Al-Quran atau As-Sunah yg sahih."
Keempat - "Kamu patuh kepada syaitan. Kamu sentiasa menyatakan bermusuh dengan syaitan tapi Kamu patuhi dia. Syaitan itu adalah musuh manusia yg selalu berusaha menjatuhkan anak Adam ke lambah kehinaan dengan jalan mempegaruhi nafsu manusia. Dalam pergaulan hidup sehari-hari kebanyakkan manusia berlutut kepada syaitan dengan memperturutkan hawa nafsu yg buruk. Seharusnya manusialah yg menguasai nasfsunya dan dengan sikapnya itu dia akan berjaya mengalahkan godaan syaitan.
Kelima - "Kamu menerjunkan diri kamu sendiri ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka tapi kamu lemparkan dirimu sendiri ke dalamnya. Iaitu kebanyakan manusia ingin memasuki pintu kebahagian tapi sebaliknya sia sendiri seolah-olah mengunci pintu itu. Dia tidak mahu mengerajakan kebajikan tapi selalu bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat.
Keenam - "Ingin masuk Syurga tapi tidak beramal. Iaitu Kamu berdoa untuk masuk syurga tapi kamu sendiri tidak beramal untuknya"
Ketujuh - "Sedar akan mati tapi tidak bersiap-siap untuk menghadapinya. Kamu mengatakan bahawa kematian itu pasti datang tapi tidak pula mempersiapkan diri menghadapinya. Kamu mendakui dan insaf bahawa hidup didunia ini hanya sementara sahaja sedangkan hidup yg abadi ialah di akhirat kelak, namun demikian kamu tidak mengerjakan amal soleh yg akan menjadi anak kunci membuka pintu kehidupan yg abadi itu"
Kelapan - "Kamu melihat cacat (aib) orang lain, cacat sendiri tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan dan mengurus aib saudara-saudaramu, tapi kamu tidak melihat aib kamu sendiri. Orang yg demikian selalu menunding jari kepada orang lain tapi amat jarang menghadapkan telunjuknya ke dadanya sendiri."
Kesembilan - "Kamu mengecap nikmat tetapi tidak bersyukur. Kamu makan nikmat Allah tapi kamu tidak bersyukur atas kurnia itu. Sejak kecil manusia menikmati nikmat Allah dan beratus-ratus kurniaan yg lainnya tapi tidak berterima kasih, malah kadang- kadang membangkang menunjukkan sikap bongkak dan lupa daratan.
Kesepuluh - "Kamu menguburkan jenazah tapi tidak menginsafakan diri. Kamu turut menguburkan orang yg mati tapi kamu sendiri tidak mengambil iktibar dari peristiwa itu. Iaitu kalau ada orang yg meninggal dunia kamu selalu tidak ketinggalan turut menghantar jenazah itu sampai ke kubur, tapi malang sekali jarang kamu mengambil pelajaran dari kejadian itu, bahawa apabila hari ini kita turut menghantar orang ke kubur , mungkin esok lusa kita sendiri akan dihantar orang."
Demikian sepuluh sebab doa seseorang tidak diperkenankan Allah menurut butir-butir hikmah Ibrahim bin Adham. Ini seharusnya mengetuk pintu hati setiap mukmin untuk membuat penilaian dan mengenal diri sendiri. Moga-moga Allah menjadikan kita orang mukmin yg melaksanakan kewajipan-kewajipan kita dengan ikhlas dan yakin..
No comments:
Post a Comment