SEBENARNYA, KITA TIDAK PERLIKAN MAKANAN KESIHATAN BAGI MENURUNKAN BERAT BADAN.....KETAHUI WAHAI SAUDARAKU, BAHAWA SUATU KENIKMATAN ITU TIDAK AKAN DIHARGAI SEHINGGALAH NIKMAT TERSEBUT LENYAP DARIPADA KITA...
RENUNGKANLAH DAN AMBIL BERATLAH DENGAN APA YANG BERLAKU KEPADA SAUDARA SEAKIDAH DENGAN KITA DI MESIR,SYRIA DAN DI SELURUH DUNIA YANG LAIN YANG SENTIASA DITINDAS..
Obesiti atau berat badan yang berlebihan kini bukan lagi masalah bagi individu. Sebaliknya, ia telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia akan mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang. Pendedahan terbaru oleh kumpulan pakar dalam bidang kesihatan, nutrisi dan kecergasan telah mendorong isu itu untuk turut dibincangkan ketika Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini. Kumpulan pakar tersebut menggesa agar langkah-langkah segera diambil dan bukan hanya sekadar menyalahkan individu-individu tertentu yang tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah tersebut. Mereka berkata, krisis obesiti yang semakin meningkat dan membawa maut perlu ditangani dengan kesungguhan di peringkat pembuat dasar sebagaimana mereka memerangi gejala merokok selama ini. Dengan keadaan makanan yang semakin hari semakin tidak sihat serta gaya hidup bersenang-senang (sedentary) yang semakin meningkat, jawapan segera perlu dicari bagi krisis yang telah membawa kepada peningkatan kes diabetes dan serangan jantung. Krisis obesiti sendiri telah membunuh lebih daripada 2.8 juta orang dewasa setiap tahun. Dekan Fakulti Kesihatan Awam di Universiti Columbia Amerika Syarikat, Linda Fried berkata, perangkaan terbaru menunjukkan bahawa 1.4 bilion individu dewasa di seluruh dunia mengalami berat badan yang berlebihan. "Jumlah itu dijangka meningkat dari setahun ke setahun dan dalam tempoh 20 tahun lagi jika ia terus meningkat seperti corak sekarang, kemungkinan besar 50-60 peratus penduduk dewasa dunia adalah individu yang berat badannya berlebihan [1].
Sebaliknya, terdapat kira-kira satu bilion penduduk dunia yang masih kebuluran menurut sutu kajian yang dikeluarkan oleh majalah Scientific American [2]. Antara faktor yang menyebabkan kebuluran atau kekurangan makanan yang dikeluarkan oleh World Hunger mengatakan bahawa sistem ekonomi yang rosak dan kemiskinan adalah faktor penyumbang terbesar yang menyebabkan kebuluran [3]. Sementara Eric Holtz melaporkan di dalam Huffington Post dengan merujuk kepada satu kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dari Universiti McGill dan Universiti Minnesota yang diterbitkan di dalam jurnal Nature bahawa dunia sebenarnya mempunyai makanan yang cukup untuk 10 billion penduduk [4]. Pertubuhan Oxfam di Canada pula membuat kajian bahawa dunia telah mengeluarkan pertambahan purata makanan sebanyak 17% setiap penduduk dunia jika dibandingkan 30 tahun lalu, tetapi masih terdapat 1 billion penduduk yang kekurangan makanan. Kesemua hasil kajian ini menunjukkan bahawa teori Malthusian yang diasaskan oleh seorang pakar ekonomi bernama Thomas Malthus dari Britain pada kurun ke-18 dalam bukunya yang bertajuk “An essay on the principle of population” sebenarnya telah dibuktikan salah. Kajian tersebut mengatakan bahawa pengeluaran makanan dunia tidak dapat ditampung oleh pertumbuhan populasi penduduk dunia pada suatu masa yang akan datang. Dunia telah menempa kemajuan yang sangat tinggi di dalam bidang sains dan teknologi sehinggakan jumlah makanan yang dikeluarkan sebenarnya boleh menampung jumlah penduduk dunia yang bertambah. Tetapi pertambahan produksi makanan sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak ada suatu sistem yang menguruskan pengagihan makanan kepada seluruh penduduk dunia dengan betul dan cekap. Sistem ekonomi kapitalis telah terbukti tidak dapat menyelesaikan masalah pengagihan makanan kepada penduduk dunia. Di dalam sistem ekonomi kapitalis, faktor harga dan faktor penawaran-permintaan (supply-demand) adalah satu-satunya faktor yang menentukan pengagihan barangan untuk sampai kepada seluruh penduduk. Sekiranya permintaan melebihi penawaran (demand exceed supply) terhadap sesuatu barangan, maka harga akan melonjak naik. Sebaliknya jika penawaran melebihi permintaan (supply exceeds demand), maka harga akan menjunam jatuh. Itulah sebabnya sesetengah peniaga suka untuk menyorokkan barangan dan menjualnya dengan harga yang tinggi apabila permintaan terhadap barangan itu menjadi tinggi kerana ini akan mendatangkan keuntungan yang lumayan daripada biasa. Sekiranya penawaran melebihi permintaan sehinggakan berlakunya longgokan lebihan barangan, ia akan menyebabkan harga barangan itu jatuh. Jika ini berlaku, para peniaga akan memusnahkan barangan tersebut untuk mengurangkan kuantitinya supaya permintaan kembali tinggi hanya semata-mata untuk menaikkan semula harga barangan agar mereka memperoleh keuntungan yang dikehendaki, tanpa mengira sama ada terdapat penduduk lain di dunia ini yang kebuluran ataupun tidak. Pernah berlaku suatu ketika di mana terdapat sejumlah penduduk di Afrika yang mengalami kebuluran yang serius, sementara pada masa yang sama para pengeluar gandum di Amerika Syarikat terpaksa memusnahkan stok-stok gandum mereka hanya semata-mata disebabkan berlakunya penurunan harga gandum di AS pada ketika itu. Terdapat juga sesetengah pengeluar barangan tertentu dimonopoli sepenuhnya oleh sesetengah syarikat gergasi dunia sehinggakan merekalah satu-satunya entiti yang mempunyai kuasa untuk menetapkan harga barangan tersebut. Sekiranya terdapat pesaing-pesaing lain yang berupaya untuk mengeluarkan produk-produk yang mempunyai kualiti yang hampir sama, maka syarikat gergasi tersebut terpaksa menurunkan harga mereka dan mereka tidak lagi dapat menetapkan harga sewenang-wenangnya. Inilah keburukan dan kebusukan sistem kapitalis yang sekali-kali tidak berupaya untuk menghasilkan sistem pengagihan yang cekap dalam mengagihkan barangan kepada seluruh penduduk dunia yang memerlukannya. Disebabkan sistem kapitalis ini hanya mengutamakan keuntungan material tanpa mengira faktor kemanusiaan (humanitarian), maka kerosakan demi kerosakan terus dihasilkan oleh sistem ini saban hari. Dunia pada hari ini memerlukan sistem ekonomi Islam yang benar yang dapat menyelesaikan seluruh keperluan ekonomi manusia. Sila rujuk kitab an-Nidzam al-Iqtisadi fil Islam (Sistem Ekonomi Islam) karangan Sheikh Taqiuddin an-Nabahani sebagai bacaan lanjut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas bagaimana Islam mengatur dan menyelesaikan seluruh masalah ekonomi manusia di dalam sebuah negara Islam. Rujukan: [1] http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130205/kn_02/Separuh-penduduk-dunia-gemuk [2] http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=can-we-feed-the-world [3] http://www.worldhunger.org/articles/Learn/world%20hunger%20facts%202002.htm [4] http://www.huffingtonpost.com/eric-holt-gimenez/world-hunger_b_1463429.html |
Friday, September 6, 2013
Krisis Obesiti Dunia Dan Kaitannya Dengan Sistem Ekonomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment