Ia sebuah negara yang sekarang dibawah pemerintahan Ahlul-Bait iaitu dari keturunan yang sama dengan Kedah Tua iaitu dari Bani Hasyim. Rajanya sekarang bernama Abdullah yang mempunyai keberkatan darah nabi s.aw. dari kalangan Ahlul-Bait Arab dan bukannya Ahlul-Bait Ajam seperti di Nusantara. Yang mana Ahlul-Bait di sini keturunannya telah bercampur baur dengan perkahwinan campur dengan bukan Arab di kalangan orang-orang tempatan.
Yang mana mereka telah memerintah kawasan Nusantara dengan penuh keadilan, kasih sayang dan saksama sebab itulah datangnya imperialis Barat berkejar-kejaran untuk menukarkan pemerintahan kepada mereka atau kepada sesiapa saja yang tidak ada hubungan lansung dengan darah Quraisy Ahlul-Bait dan itulah agenda orang-orang Barat yang utama datang ke Nusantara ini.
Peperangan Yarmouk berlaku di bumi Jordan. Jordan pula didalam bahasa Melayu Siam bermaksud Jor-Den. Iaitu Jor bermaksud "Duduk" dan Den bermaksud "Sempadan". Di dalam bahasa Thai pula ialah Chai-Den bermaksud juga Duduk Sempadan. Di dalam bahasa mudahnya Jordan bermaksud "Duduk di Sempadan Mekah". Ini bukan nama kebetulan tetapi nama pilihan kerana rapatnya kerabat Diraja Syarif-Syarif Mekah iaitu keluarga Syarif Hussein dengan raja-raja Kedah Tua Merong Maha Wangsa.
Malah Syarif-syarif di Mekah ini ada pula ada menyediakan Kota-kota Istana khas untuk raja-raja dan anak-anak Watannya dari Nusantara untuk duduk menginap semasa berada di bumi Hijaz. Peristiwa raja Syarif Hussein duduk di sempadan Mekah kerana di asak oleh tentera raja Saud dengan bantuan kerajaan Britian di bawah seliaan dan arahan kerajaan British dibumi Arab iaitu telah mendapat perhatian dari baginda Sultan Kedah.
Tetapi selepas mendapat laporan yang orang-orang Melayu selamat di sana dari pembunuhan beramai-ramai orang-orang Islam di bumi Hijaz itu oleh tentera-tentera Wahabi Saud dan Syarif Mekah telah berjaya menyelamatkan diri maka tumpuan umat hanyalah diberi oleh Sultan Kedah kepada kawasan Timur Jauh yang pada masa itu juga sibuk dengan amukan gila kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan kuasa pemerintahan orang-orang Islam Ahlul-Bait di sini.
Berbalik kepada peperangan Yarmouk tadi, sebelum peperangan ini, sahabat-sahabat nabi s.a.w. pernah mengalahkan tentera Rom semasa nabi s.a.w. masih hidup lagi di medan Muktah, Jordan. Dalam peperangan ini tentera Islam hanyalah berjumlah 3,000 orang melawan 400,ooo tentera Rom dan Arab Badwi Ghassan.
Peperangan yang dahsyat ini berlaku pada tahun masihi 629 sehingga mengorbankan anak angkat nabi s.a.w. Zaid, sepupu nabi s.a.w. Jaafar dan kawan karib nabi s.a.w. Abdullah bin Rawahah r.hum ajmain. Kesemua mereka ialah panglima perang yang dipilih oleh nabi s.a.w. yang memberi arahan dari bandar Madinah Munawarah sepertilah kisah Jamal al-Jefri memberi arahan kepada anak-anaknya iaitu Syarifah Maryam dan Syarifah Mumtaz untuk membawa suami masing-masing ke Nusantara untuk penyebaran agama Islam di alam Melayu ini dari bandar kuno Xian, China.
Peperangan ini berlaku 3 tahun sebelum kewafatan nabi s.a.w. di tahun 632m dengan kemenangan gemilang di bawah amirnya Panglima Khalid al-Walid r.hu. Peristiwa yang penuh ajaib ini dan menimbulkan kehairanan kepada pengkaji-pengkaji sejarah hari ini yang mana satu empayar kafir kuno berjumlah 400,000 orang lari tidak cukup tanah di kejar oleh 3000 ( 3 ribu ) tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid r.hu itu, menyaksikan kaum-kaum Badwi dari Bani Salim, Asyjak, Ghafatan, Zibyan dan Fazaah yang sebelum ini kuat memusuhi nabi s.a.w. memeluk Islam.
Di peperangan Yarmouk pula berlaku pada tahun 636m setelah 4 tahun kewafatan nabi s.a.w. Di sekitar tapak peperangan inilah dibina tempat pengajian yang bernama Unversiti Yarmouk, Irbid, Jordan yang mana tentera Rom berjumlah 240.000 orang di kalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 40,000 ( 40 ribu ) orang. Di medan peperangan inilah menyaksikan panglima besar Rom yang bernama George, juga salah seorang Panglima tersohor Rom memeluk Islam di tangan Panglima Khalid al-Walid r.hu. Peperangan ini adalah rentetan dari peperangan Muktah dibumi Jordan.
Bumi Jordan ini sebenarnya telah lama dibawah pengaruh empayar Kristian Rom yang sekali sekala wilayah ini pernah duduk di bawah takluk empayar Majusi Parsi. Kemudian ditawan kembali oleh empayar Rom dan peristiwa ini berlaku semasa Rasul s.a.w sedang sibuk berdakwah di bumi Mekah bersama kawan karibnya dan juga merangkap bapa mertuanya iaitu Abu Bakar as-Sidik r.hu.
Dari keturunan Abu Bakar as-Sidik r.hu ini pulalah akan muncul keturunan Bani Tamin yang mana merupakan pembantu kuat Imam Mahdi Muntazar untuk mengibarkan Panji-Panji Hitam di timur dengan izin Allah Jalla Jalalah.
Sekarang ini bumi Jordan dibawah pemerintahan Bani Hasyim Ahlu-Bait. Oleh kerana dalam bahasa Melayu Siam perkataan Jordan bermaksud "Duduk Di Sempadan Mekah" maka Inggeris pun dengan agenda liciknya untuk tidak dirujuk perkataan Jordan kepada bahasa orang-orang Melayu Siam maka ia mengatakan nama Jordan ada hubungan kononnya dengan perkataan Yordania dan nama orang-orang Eropah atau Barat.
Dan dalam penulisan dan seminar-seminar dunia sekarang ini pun merujuk kepada penulisan palsu kafir barat ini. Bila naik sahaja pemerintahan Ahlul Bait Bani Hasyim ini maka penipuan licik Inggeris ini semakin terserlah bila pemerintahan kerajaan Jordan ini yang di bawah Ahlul Bait Bani Hasyim mula menggunakan Bunga Teratai di bendera resmi mereka, bersamaan dengan lambang kerabat-kerabat mereka di Nusantara menggunakan lambang yang sama. Bendera resmi mereka jalur hitam putih merah di cipta maka tidak dilupakan juga oleh mereka dengan dimasukkan bunga teratai berbentuk bintang bucu 7 yang mana lambang teratai cukup sinonim dengan keluarga Syarif Syah dibumi Nusantara ini.
Di medan Yarmouk ini, semasa peperangan sedang berlansung, berlaku 3 peristiwa yang besar dalam sejarah Islam. Pertamanya wafatnya Abu Bakar as-Sidiq r.hu, kedua syahidnya Ikramah bin Abu Jahal r.hu yang ayahnya kuat memusuhi orang-orang Islam dan ketiga berlakunya peristiwa pemecatan Khalid al-Walid Saifullah sebagai Jendral atau panglima perang.
Ceritanya begini, ditengah kesengitan api peperangan sedang meletus dengan hebatnya, maka datanglah khabar berita kewafatan Khalifah Islam di Madinah al-Munawwarah, Abu Bakar as-Sidiq r.hu. Maka tempatnya diganti oleh Saidina Umar al-Khatab r.hu. Maka baginda Khalifah Umar al-Khatab r.hu pula serta merta telah mengeluarkan arahan agar dihantar surat pemecatan Khalid al-Walid sebagai ketua panglima perang dan tempatnya di ganti oleh Panglima Abu Ubaidah al-Jarrah r.hu. Orang-orang di tempat kami mengatakan ini kerana Khalifah Umar r.hu takut orang-orang Islam akan syirik kepada Allah s.w.t. kerana pada masa itu tentera-tentera Islam yakin di setiap peperangan yang disertai Panglima Khalid al-Walid r.hu sebagai Amir atau Panglima, mereka pasti akan menang.
Dan sebab kedua pemecatan Panglima Khalid al-Walid r.hu sebagai Amir atau Ketua Panglima kerana menurut cerita orang tempatan antaranya yang bernama Hj. Saiful, katanya ini kerana Panji-Panji Islam yang dibawa dan diguna pakai oleh Khalid al-Walid mempunyai gambar Lotus atau Bunga Teratai.
Hal ini diketahui dan tidak disukai oleh Khalifah Umar al-Khattab r.hu takut-takut perkara ini diketahui oleh musuh-musuh Allah dan baginda Khalifah menganggap perkara ini amat perlu di rahsiakan. Ya memang lambang inilah yang akan digunakan oleh keluarga Rasul Muhammad s.a.w ribuan tahun lamanya dibumi Melayu dan bumi Arab dalam bentuk Bunga Teratai dan Bintang Bucu tujuh. lapan atau lebih. Tetapi takdir Allah s.w.t. pun tiba, seperti yang di sabdakan oleh nabi s.a.w. yang suatu hari nanti agama Islam akan jatuh, malap dan merosot.
Maka berlakulah seperti yang dikehendaki oleh Allah Jalla Jalalah dan pasti akan berlaku, iaitu dengan kekalahan keluarga Merong Maha Wangsa, Ahlul-Bait Syarif Yang Di Pertuan ini semasa Musuh Bisik 1821 di Nusantara dan kekalahan Ribat Islam Alul-Bait di Barat iaitu Panglima-Panglima Turki Islam Usmaniyyah 1910, juga kekalahan teruk Ribat Islam Ahlul-Bait di Timur iaitu Panglima-Panglima China Islam Manchu 1911.
Kemudian kekalahan mutlak pula pemerintah Syarif-Syarif Mekah di tanah Hijaz kepada tentera-tentera Saud dibawah seliaan pegawai Inggeris yang bernama Lawrence of Arabia di bumi Hijjaz ditahun 1924. Dan akhir sekali perebutan pemerintahan Tanah Suci Baitul Muqaddis dari keluarga Syarif di Amman, Jordan oleh musuh-musuh Allah pada Perang Enam Hari di tahun 1967
No comments:
Post a Comment