Friday, September 27, 2013

Semoga Allah merahmati roh Dr. Sofwat









Dr.Sofwat Khalil, salah seorang mangsa tangkapan oleh rejim Abdul Fatah As-Sisi yang ditahan sejak 24 Ogos lalu di Penjara Awam Mansurah. Beliau disahkan meninggal dunia selepas pihak keselamatan tidak mengambil berat masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau walaupun telah dimaklumkan beliau menghidap penyakit kanser yang kritikal. Dr.Sofwat juga dipenjarakan di dalam sebuah lokap bersama dengan 40 orang yang lain sedangkan lokap tersebut hanya mampu memuatkan 10 orang sahaja.

Kematian Dr.Sofwat ini merupakan siri pembunuhan yang tidak berkesudahan rejim Sisi ke atas rakyat yang bangkit menolak rampasan kuasa. Taktik ini pernah dilakukan oleh pasukan keselamatan di bawah rejim Jamal Abdul Nasser yang mengambil mudah masalah kesihatan tahanan-tahanan politik beliau dari kalangan aktivis Ikhwan Muslimin sehingga terdapat dari kalangan mereka yang meninggal dunia di dalam tahanan.

Semoga Allah merahmati roh Dr. Sofwat. Gambar yang diambil ketika keluarga beliau melawat Dr Sofwat kali yang terakhir baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment