• Mahmoud ezzatMahmoud ezzat
 1 / 1 
SANA’A - YEMEN.Pemangku Mursyidul Am gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) Mahmoud Ezzat yang menjadi buruan tentera Mesir didakwa kini tinggal di Yaman dan berada di bawah perlindungan negara rantau Teluk.

Akhbar Al Arab berpangkalan di London melaporkan, Mahmoud Ezzat dikatakan menginap di kediaman mewah di kawasan barat daya Haddah di Sana’a.

Akhbar itu juga mendakwa, Mohmoud Ezzat yang sedang dikenakan waran tangkap di Mesir sering dilihat bersama dengan pemimpin IM dalam kereta dengan nombor pendaftaran kenderaan diplomatik.

Beliau juga dilaporkan sentiasa berhubung dengan ahli IM di Mesir melalui telefon satelit.

Mahmoud Ezzat dilantik menggantikan Mohamed Badie yang ditahan dalam satu serbuan di pinggir Kaherah 20 Ogos lalu ketika protes penggulingan Presiden Mohammed Mursi.

Beliau adalah timbalan kedua kepada Mohamed Badie dan memiliki sijil kelahiran Yaman sekali gus muncul sebagai pemimpin penting dalam pembentukan IM di negara itu.