Thursday, September 26, 2013

HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA, TAN SRI DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK









Ketibaan jenazah Ustaz Azizan di Masjid Nurul Ihsan, Kompleks PAS Pokok Sena







Orang ramai menziarahi jenazah Ustaz Azizan di Masjid Nurul Ihsan, Kompleks PAS Pokok Sena








Ketibaan DYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama kerabat DiRaja menziarahi Ustaz Azizan di Masjid Nurul Ihsan, Kompleks PAS Pokok Sena







Ahli Majlis Jemaah Pemangku Sultan Kedah memberi penghormatan terakhir








Orang ramai dari seluruh negara datang menziarahi tokoh pemimpin yang disegani.
Dikhabarkan sekitar 50 000 orang membanjiri kawasan kompleks ini yang mengakibatkan kesesakan berlaku di sekitar Alor Setar terutamanya kawasan Langgar








Ribuan rakyat jelata turut serta solat jenazah pertama yang diimamkan oleh anak Almarhum Ustaz Azizan 









Tuan Guru Dato' Dr Haron Din di majlis pengebumian 















Tokoh politik semasa mengiringi jenazah ustaz Azizan










Anak dan bapa









Tun Siti Hasmah Mohd Ali












Kepimpinan ULAMA' dan juga UMARA' pada suatu ketika dahulu yang begitu sinonim melata di mulut masyarakat setempat, Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak & juga Tuan Guru Haji Salleh Musa. Tuan Guru antara tokoh ulama' Kedah yang begitu membela kepimpinan Ustaz pada suatu ketika cukup kuat dikritik, dicerca, dihina dengan pelbagai tohmahan yang pedih sekali. Dua susuk tubuh ini begitu istiqamah meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW & aku ingin menaqalkan kalam daripada Syeikh Zainul Asri ;

"Sekiranya seseorang itu ingin ISTIQAMAH ianya mesti terus berjalan dan terus berjalan. Tidak ada istilah berhenti sekejap atau pun berehat".







Tuan Guru Haji Salleh Musa berkhidmat untuk Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak untuk kali yang terakhir, sudah jelas kasih sayang baba terhadap ustaz Azizan.










Gambar: Mufti Kedah turut hadir

 Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Bin Hj. Ahmad, Dato Mufti Negeri Kedah melawat jenazah Ustaz Azizan









Mantan Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Mahmud As-siyyam mengucup dahi almarhum buat kali yang terakhir. Allahurobbi, indahnya akhlak ulama' :')








Gambar: Tokoh Ulama yang juga Bekas Imam Masjid Aqsa, Syeikh Mahmud Siyam menziarahi Ustaz Azizan di ICU HSB sebentar tadi

Tokoh Ulama yang juga Bekas Imam Masjid Aqsa, Syeikh Mahmud Siyam menziarahi Ustaz Azizan di ICU HSB sebentar tadi











Orang ramai bersesak-sesak untuk mengiringi jenazah almarhum...
LOKASI : MUASASAH DARUL ULUM, POKOK SENA











Alhamdulillah, almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak telah selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum yang turut disemadikan jasad Almarhum Ustaz Fadzil Noor di situ. Tatkala pengiringan jenazah almarhum Ustaz Azizan, hujan renyai-renyai mengiringi jenazah seolah-olah menangisi pemergian jasad ulama' yang disegani kawan & lawan. Langsung dalam benak pemikiranku memikirkan kalam guruku ;

"tanda seseorang itu telah diampunkan oleh Allah SWT apabila dia mati kita boleh tengok orang ramai berebut-rebut untuk usung jenazah itu". (KATA-KATA INI COPY PASTE DARI FB)

Al-Fatihah buat Al-Marhum Ustaz Azizan Razak..











Gambar: Tuan Guru Dato' Dr Harun Din ketika talkin Tan Sri Ustaz Azizan Razak

Tuan Guru Dato' Dr Harun Din ketika talkin Tan Sri Ustaz Azizan Razak












Hanya ada 2 Wakil Rakyat Pas pada Pilihanraya Umum 1995.
Hanya 2 Kerusi yang mampu dimenangi oleh Pas Kedah.
Hanya 2 Pemimpin Pas bergelar Yang Berhormat waktu itu.
Hanya 2 sahaja iaitu Kerusi DUN Bukit Raya & DUN Sala. (sekarang Tokai & Sg. Limau)..
Kedua-dua ADUNnya ialah YB Ustaz Hj Fadzil Nor & YB Ustaz Azizan Razak.

Kedua-dua YB ini mengorak langkah, berganding bahu, bergembeling tenaga membangun, memandu & memacu perjalanan PAS Kedah hingga berjaya mengecap kejayaan demi kejayaan. Kedua2 YB ini juga berupaya mematahkan hujah dan mampu menghadapi 34 ADUN BN dalam persidangan DUN Kedah.

Kedua2 mereka adalah pendidik, kedua2nya juga adalah bekas pensyarah.. kedua2nya juga merupakan tokoh agamawan...kedua2nya umpama abang & adik yang saling memerlukan, mempunyai impian dan hasrat yang sama, memimpin jemaah tanpa jemu & tanpa pedulikan penat lelah atau keuzuran.. Hidup Kedua2 mereka hanya sebagai rakyat biasa, tiada rumah besar, tiada kereta besar.. bergaul mesra tanpa pedulikan status dan darjat..

Hari ini kedua2 mereka disemadikan berhampiran, di tanah yang sama, dibumi yang sama.. Bumi yang subur dengan ilmu & pengajian.. bumi muassasah darul ulum pokok sena...
Al-Fatihah untuk kedua2nya... mereka lah pemimpin, mereka lah bapa...
Moga Allah cucuri Rahmat-NYA buat Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak & Allahyarham Dato' Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor..







No comments:

Post a Comment