Pemuda hari ini adalah pewaris kepimpinan di masa depan. Kehebatan generasi muda hari ini akan menentukan kehebatan generasi yang akan datang.
Untuk entri kali ini, ingin saya kongsikan bersama teman kenalan seorang tokoh muda muslimah yang seharusnya dicontohi oleh para remaja dan para beliawanis Malaysia.
Dr Fatimah Zaharah Rosli dilahirkan pada 1984 di dalam sebuah keluarga yang kukuh berpaut dengan Islam. Ayah beliau, Dr Rosli adalah seorang tokoh ekonomi dan aktivis politik yang dikenali ramai.
Kecemerlangan Fatimah di bidang akademik dan bakat kepimpinannya telah terserlah semenjak beliau remaja lagi setelah beliau dilantik menjadi ketua pengawas sekolah.
Ketika menuntut di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, beliau telah mewakili sekolahnya sehingga menjadi Johan Debat Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan, Piala Perdana Menteri. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah 2001 dengan mendapat keputusan cemerlang 10 A1 SPM.
Fatimah melanjutkan pelajarannya di bidang perubatan di Universiti Ain Sham, Kaherah Mesir pada 2002-2008 dengan mendapat pencapaian Mumtaz (cemerlang) sebanyak 3 tahun berturut-turut.
Kecemerlangannya menjangkau kebiasaan pelajar cemerlang yang lain apabila beliau telah berjaya menghafaz 30 juzuk al Qur’an (2003-2006) ketika menuntut di bidang perubatan. Bahkan Fatimah juga telah diijazahkan 10 bacaan qiraat secara bersanad.
Di sepanjang pengajiannya, beliau juga adalah aktivis mahasiswa di Mesir yang pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Perubatan (Mesir) dan juga Ketua Wanita ISMA Mesir.
Dr Fatimah telah berumahtangga dengan seorang tokoh muda yang bernama Ustaz Salman al Farisi Selamat. Ibu kepada seorang anak yang bernama Aizat (bakal masuk yang ke 2), kini bekerja sebagai Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Tampin.
Di dalam bidang perubatan, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Pakar Perunding Kardiologi (jantung) yang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di Malaysia.
Saya mendoakan yang terbaik buat Dr fatimah dan keluarganya serta didoakan agar beliau boleh menjadi qudwah kepada generasi muda hari ini dan juga di masa depan.
Di bidang penulisan, anda boleh menilai kemampuan beliau dengan membaca tulisan tokoh muda ini yang saya jangka akan mencipta sejarah yang lebih besar di satu hari kelak.
http:// bm.harakahdaily.net/ index.php/letter/ 21953-kenapa-batal-penghara man-allah-kebebasan-dan-ci nta
No comments:
Post a Comment